PRN Melaka: Parti bertanding utamakan kepentingan peribadi daripada agenda Bumiputera

Parti BERJASA senada dengan kenyataan Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya bahawa parti-parti yang memasuki gelanggang Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka nampaknya tidak ada keberanian membawa agenda Bumiputera, sebaliknya lebih tertumpu kepada kepentingan parti.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim yakin semua parti yang terlibat dengan PRN Melaka hanya ingin mengukur kekuatan masing-masing. 

Ekoran itu, mereka tidak berani membawa agenda Bumiputera dan cenderung untuk bergantung kepada penyokong dari bangsa Cina dan India, tegasnya.

“Ini membayangkan bahawa semua parti membawa kepentingan parti dan peribadi,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sebagai pemerhati pada PRN kali ini, BERJASA mengingatkan kepada rakyat Melaka supaya memilih calon berwibawa berbanding parti. 

“Ini kerana pemimpin yang tulen bukannya lahir daripada parti tetapi sangat bergantung kepada integriti, kebertanggungjawaban dan kewibawaan.

Burukkan kawan-kawan, Peja dibidas ‘sahabat lama’

“Calon yang mampu membawa agenda agama Islam pastinya dijadikan pilihan utama oleh semua pemilih. 

“Rakyat berhak untuk menentukan masa depan agenda Bumiputera dan agama Islam,” katanya.

PRN Melaka bakal menyaksikan persaingan antara tiga hingga enam penjuru di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS di bawah koalisi Perikatan Nasional (PN) dan UMNO bakal bertembung di tujuh kerusi – Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Duyong, Serkam, Merlimau dan Bukit Katil.

Manakala Bersatu pula akan bertanding di sebanyak 15 kerusi.

PRN Melaka: Parti bertanding utamakan kepentingan peribadi daripada agenda Bumiputera


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker