40 peratus tidak hadir janji temu ‘Dos Penggalak’

Sebaran :

 

Sebanyak 40 peratus penerima janji temu dos penggalak melalui aplikasi MySejahtera tidak hadir untuk menerima suntikan dos itu di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, data prestasi pemberian suntikan dos penggalak (booster) yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sehingga Khamis adalah seramai 23,129 penerima.

Sehubungan itu, beliau berkata, sebanyak 26 fasiliti swasta baharu bakal tersenarai sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak tambahan kepada 47 buah yang ada pada masa ini.

“Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang – Menangani Wabak Covid-19 pada pagi Jumaat, beberapa ketetapan telah diputuskan antaranya menambah fasiliti swasta sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak.



“JKNPP juga menerima dua permohonan untuk mewujudkan Health Care Organisation (HCO) pusat pemberian suntikan dos penggalak di dewan yang lebih besar dengan kapasiti lebih 1,000 suntikan setiap sehari,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Jumaat.

Tambahnya, pelbagai agensi berganding bahu dalam meningkatkan keyakinan masyarakat untuk mendapatkan dos berkenaan.

“Tumpuan turut diberikan kepada kes-kes suntikan dos kedua termasuk kes yang tercicir,” katanya.

Kon Yeow berkata, dalam mesyuarat itu juga, JKNPP turut menekankan bahawa penularan jangkitan Covid-19 masih berlaku dalam komuniti.



“Oleh demikian, umum digalakkan untuk mengamalkan Kesihatan Awam Kendiri/TRIIS (Test, Report, Inform, Isolate, Seek) khususnya dan segera membuat ujian saringan sama ada secara kendiri atau di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan.

“Ia bagi mengawal penularan di peringkat awal selain merupakan kunci bagi mengawal perebakan varian Delta yang turut dikesan di negeri ini. Secara keseluruhan, Pulau Pinang mencatatkan penurunan kes Covid-19 dan kes kematian yang sangat ketara berbanding catatan tertinggi yang dilaporkan pada September lalu,” katanya.

Ujarnya, bagi memastikan ia terus terkawal, semua pihak khususnya mereka yang positif dan menerima arahan Home Surveillance Order (HSO) menerusi aplikasi MySejahtera walaupun tanpa gelang merah jambu secara fizikal adalah ditegaskan supaya mengikut arahan dikeluarkan.

“Masyarakat juga diminta supaya membuat laporan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sekiranya mengesan sebarang pelanggaran oleh individu-individu berkenaan.



“Kepelbagaian pendekatan, strategi dan penyelarasan bersepadu yang dilaksanakan melalui pelbagai medium dan agensi dalam tempoh dua tahun ini telah berjaya meletakkan Pulau Pinang dalam Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin lalu.

“Sekali lagi saya meminta semua rakyat Pulau Pinang agar tidak lalai dan leka kerana perjuangan menentang wabak Covid-19 belum berakhir memandangkan virus tersebut masih lagi wujud dalam kalangan masyarakat,” katanya.

40 peratus tidak hadir janji temu ‘Dos Penggalak’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin masih jaja cerita dongeng – Najib


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *