13 kematian babit pesakit long Covid

13 kematian babit pesakit long Covid

Sejumlah 13 kes kematian direkodkan membabitkan pesakit “long Covid”, bermula November 2020 hingga September lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sepanjang tempoh itu sejumlah 2,712 pesakit “long Covid” dirujuk bagi tempoh empat hingga 12 minggu selepas jangkitan ke Covid-19 Rehabilitation Outpatient Specialized Services (CROSS).

“Sebanyak 13 kes (0.05%) kes berakhir dengan kematian, namun semakan rekod perubatan mendapati terdapat faktor komorbid lain yang menyumbang kepada kes kematian ini.

“Iaitu membabitkan penyakit kanser yang telah merebak, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, jangkitan kuman dalam darah serta jangkitan paru-paru,” katanya dalam kenyataan.

Hisham berkata, pesakit “long Covid” akan melalui dua tempoh iaitu “Ongoing Symptomatic Covid-19” membabitkan tanda dan gejala selepas jangkitan bagi tempoh empat hingga 12 minggu.

Manakala, “Post Covid-19 Syndrome” pula membabitkan tanda dan gejala wujud ketika atau selepas jangkitan yang berterusan melepasi 12 minggu, yang mana ia tidak dapat dijelaskan oleh sebarang diagnosis lain.

“Daripada jumlah itu (2,712 kes), sebanyak 984 (36.3%) kes pulih sepenuhnya daripada gejala dialami, manakala sebanyak 1,715 (63.2%) kes masih mengalami gejala berterusan,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, analisa ke atas pengkalan data yang sama mendapati terdapat sejumlah 2,324 pesakit menjalani penilaian melepasi 12 minggu selepas jangkitan Covid-19 dengan 97.5% daripada mereka adalah pesakit pernah mengalami jangkitan serius Covid-19, iaitu kategori 4 dan 5.

“Penilaian selepas 12 minggu ke atas 2,324 kes ini mendapati sebanyak 914 (39.4%) kes pulih sepenuhnya daripada gejala dialami, sebanyak 1,410 (60.6%) kes masih mengalami gejala berterusan di mana kebanyakan mereka melaporkan lebih daripada satu gejala,” katanya.

Hisham berkata, lima gejala paling kerap dilaporkan adalah kelesuan (71.8%), kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti (61.9%), batuk (13.6%), kesakitan (13.2%), dan kesukaran tidur nyenyak (11%).

“Selain itu, ‘long Covid’ juga boleh menyebabkan implikasi serius seperti peningkatan morbiditi, kehilangan upaya, penurunan produktiviti dan hilang sumber pendapatan,” katanya. FMT

13 kematian babit pesakit long Covid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker