Henti trend makan makanan pedas melampau

Sebaran :

Henti trend makan makanan pedas melampau

Orang ramai dinasihatkan supaya menghentikan trend memakan makanan pedas yang melampau kerana boleh menjejaskan kesihatan.

Pakar Perubatan, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, makanan pedas menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD) iaitu keadaan yang mana asid melimpah ke esophagus, pedih hulu hati dan sendawa berasid.

Katanya, keadaan itu juga boleh menyebabkan seseorang yang mempunyai keradangan perut (gastiris), ulser perut dan buasir akan menjadi lebih parah.



“Biasanya apabila terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar sahaja. Ini sesuatu yang tak bagus untuk penghadaman. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.

“Selain itu, di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase daripada air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ini adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas,” katanya dalam satu hantaran di Twitternya hari ini.

Katanya, makanan apabila tidak dikunyah sempurna menjejaskan penghadaman dan pencernaan sekali gus tidak mendapatkan sepenuhnya zat daripada makanan yang kita makan.

Dalam pada itu, katanya, masyarakat perlu bertanggungjawab untuk menghentikan trend ataupun cabaran memakan makanan pedas yang melampau itu.



“Ini kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang ‘cool’.

“Siapakah yang menanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makanan dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi. Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas!

“Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan dan buasir berdarah. Jadi, kita jugalah yang bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tidak usahlah buat cabaran-cabaran itu semua lagi,” jelasnya. K Online

Henti trend makan makanan pedas melampau




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’


Sebaran :

Leave a Reply