Salt Bae tinggalkan restoran ‘cekik darah’ di London

LONDON: Chef selebriti, Salt Bae membuat pengumuman untuk meninggalkan restorannya yang terkenal di kota metropolitan dengan harga tidak masuk akal hanya enam minggu selepas dibuka.

Lapor Daily Star, tukang masak itu menjadi sensasi selepas berhajat membuka restoran di seluruh dunia termasuk di London yang dibuka sejak 23 September lalu.

Restoran baharunya, Nusr-et menjadi popular dengan orang ramai tidak melepaskan peluang memuat naik gambar dalam media sosial serta video klip chef itu menabur garam di atas makanan.

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce Erzurum berasal dari Turki menjual hidangan seperti stik 630 pound (RM3,537), burger 100 pound (RM561), salad 23 pound (RM129) dan minuman air tin coca-cola sembilan pound (RM58).

Tukang masak terkenal itu akan berangkat ke negara Asia Barat hari ini bagi pembukaan cawangan restorannya.

“Hari Ahad adalah hari terakhir saya di London. Saya akan pergi ke Riyadh untuk membuka cawangan restoran yang ke-28,” tulisnya dalam Instagram.

Salt Bae mempunyai 13 restoran lain di samping 15 Restoran Nusr-Et miliknya seperti di New York dan Dubai.

Salt Bae tinggalkan restoran ‘cekik darah’ di London


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker