Resepi Rendang Ayam Dendang Perantau

Resepi Rendang Ayam Dendang Perantau

Masa Penyediaan: 20 minit, Masa Memasak:30-35 minit, Jumlah Hidangan:2 ekor ayam

Dalam resepi dulu, kita gunakan semuanya bahan-bahan segar sebagai bahan ramuan utama. Contohnya seperti kunyit, lengkuas, serai, halia dan lain-lain lagi dan kali ni jita tambah 3 jenis rempah kering yang disangai dan dikisar halus supaya lebih sedap, lebih harum beraroma. Bila kita sangai atau goreng kering,akan keluar minyak semulajadi, naik bau dan juga rasa rempah tu. Bahan-bahan lain sama saja, yang hasilnya nanti, kuah rendang ayam yang pekat dan terbaik bila makan bersama ketupat ataupun lemang.



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kisar halus:

4 inci halia
4 ketul kunyit hidup
4 inci lengkuas
12-15 biji bawang merah kecil
10 ulas bawang putih
2 biji bawang merah besar
5 batang serai
8-10 tangkai cili padi
30-35 biji cili kering
7 biji buah keras

Bahan-bahan untuk rempah sangai:



2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis

Bahan-bahan lain:

2 cawan minyak masak
Rempah 4 sekawan
2 ekor ayam
2 asam keping
3-4 cawan santan cair
2-3 cawan santan pekat
4-6 sudu besar kerisik
5-6 helai daun limau purut
garam secukup rasa
1-2 sudu kecil gula melaka
2 helai daun kunyit

Cara Penyediaan:



Cara-cara untuk rendang ayam:

Sediakan bahan kisar halus dan sangai bahan-bahan rempah.
Rempah yang disangai kemudian dikisar halus.
Panaskan minyak lalu tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar halus. Tumis sehingga bahan kisar berubah menjadi sedikit gelap warnanya dan pecah minyak.
Masukkan ayam, rempah kisar yang disangai, asam keping dan santan cair
Masak sehingga ayam menjadi kecut, empuk dan kering airnya.
Masukkan santan pekat, kerisik, daun limau purut yang dibuang tulang tengah, garam secukup rasa dan gula melaka/gula nisan.
Teruskan masak rendang sehingga kuah menjadi agak kering
Selepas kuah kering, taburkan hirisan halus daun kunyit.
Kemudian, rendang ayam dendang perantau siap untuk dihidang.

Tips:

Rebus cili kering sehingga agak layu sebelum dikisar.
Buang tulang tengah daun kunyit dan hiris daun secara halus.
Santan cair adalah santan segar perahan yang kedua manakala santan pekat adalah santan segar perahan pertama. Jika menggunakan santan kotak, boleh dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan sebagai santan cair.
Kurangkan mengacau rendang ketika masak bagi mengelakkan ayam hancur.



Resepi Che Nom

Resepi Rendang Ayam Dendang Perantau


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker