#PRNMelaka : Mantan ADUN N01 Kuala Linggi – Contoh terbaik berjuang hanya demi UMNO

Oleh Wahida

Matlmat sebuat perjuangan hanyalah untuk menang. Siapa sahaja yang diberi amanah untuk memimpin, digalas dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tauladan terbaik serta sikap terpuji yang ditunjukkan mantan ADUN N01 Kuala Linggi, Datuk AR Ismail Othman perlu dicontohi apabila beliau tidak dicalonkan lagi di PRN Melaka 2021 ini. Namun, Datuk Mail mengambil pendekatan untuk berlapang dada dan memberi sokongan kepada calon muka baru iaitu Rosli Abdullah atau lebih dikenali di kawasan Kuala Linggi sebagai Cikgu Rosli.

Keikhlasan perjuangannya dizahirkan di Laman Facebook Datuk Mail tertera seperti berikut;

Jangan ada kekecewaan dalam perjuangan.
Saya berharap ahli-ahli parti bersama sama dalam PRN 15 ini untuk memenangkan calon kita…mungkin ada yang kenal dan ramai yang tidak kenal. Kita berjuang atas tiket parti…
Saya berharap ahli ahli…..

Datuk Mail juga berkongsi sajaknya;

“Bagaimana Melayu abad kedua puluh satu
Masih kah tunduk tersipu
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin pada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadikan bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di Negara Merdeka”

Datuk Mail mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Kuala Linggi yang telah bersama-sama dengannya dan yang memberi sokongan kepadanya sejak dipilih sebagai ADUN Kuala Linggi selama 2 penggal.

UMNO tidak pernah ketandusan kepimpinan di semua peringat. Yang lama dihormati dan yang baru sentiasa diberi peluang luas. Paling mustahak, kesetiaan jangan berbelah bahagi. Kejayaan BN/UMNO sedang menanti di PRN Melaka 2021.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker