Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?
Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, berkata kekalahan beliau dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat PAS bagi penggal 2021-2023 di mesyuarat agung tahunan PAS kali ini bukan kerana audio tular mengenai Presiden Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini media seawal Mac memperkatakan tentang penyebaran suatu rakaman, didakwa perbualan antara Khairuddin dan seorang lagi pemimpin PAS, mengenai ketidakpuasan hati terhadap keputusan-keputusan Hadi berhubung kerjasama PAS dengan Bersatu dan Umno, serta hal dalaman lain.
Khairuddin menepis khabar angin tentang usaha menggulingkan Hadi dan menafikan sebarang perpecahan dalaman.
“Ia tiada kaitan (dengan audio). Biasalah, kalah menang teruskan bekerja dalam jemaah parti. Tak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas keputusan pemilihan diumumkan.
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga berkata isu audio itu sengaja dicipta “musuh”.
“Musuh yang ambil kesempatan. Biasa kita dalam PAS tak akan hiraukan serangan musuh. Tohmahan itu kita tidak layan,” katanya.
Sementara itu, anak bekas pemimpin besar PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, menerima keputusan pemilihan dan menganggap ia sebarang mengurangkan tanggungjawab yang dipikul.
“Saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya (pemenang). Rasa ia satu beban besar yang telah saya lepaskan dan kini menjadi ringan,” katanya.
Khairuddin dan Nik Abduh antara nama yang tewas dalam persaingan 18 jawatan AJK Pusat Pusat. FMT
Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?
Baca Artikel Menarik :
- Cuba rempuh, polis tembak kereta, tahan suspek edar dadah
- Letak duit dalam coli pun tak selamat
- Suara Level Penyanyi Karaoke – Azmeer Tegur Iqbal
- Gelagat politik PAS tidak patuh syariah?
- Nynaa Harizal dilarikan keluarga guna senjata api, suami buat laporan polis
- PRN Melaka: Umno tampil 90% muka baharu
- Vanessa Angel dan suami maut dalam nahas jalan raya
- Terkejut bayar harga siakap Langkawi RM1,196 seekor
- Setimpalkah hukuman mereka ini– Didie Alias
- Kemaluan bengkak, kanak-kanak didakwa disunat jin
- McDonalds kembali dengan menu ayam goreng 3x pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.