Xavi jurulatih baharu Barcelona

Xavi jurulatih baharu Barcelona

BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona akhirnya berjaya mendapatkan apa yang mereka inginkan selepas melantik legenda mereka sendiri, Xavi sebagai jurulatih baharu menggantikan Ronald Koeman yang dipecat sebelum ini.

Koeman dipecat selepas 14 bulan bersama The Catalans selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Rayo Vallecano pada 27 Oktober lalu selepas gagal mengangkat prestasi pasukan itu kini kehilangan posisi dalam kelompok lima pasukan terbaik.

Kehadiran Xavi yang mengambil tanggungjawab daripada Sergi Barjuan yang dilantik sebagai jurulatih interim sebelum ini diharap mampu menstabilkan situasi kelab berkenaan dan memulihkan semula prestasi mereka dalam usaha mencabar kejuaraan liga domestik dan Eropah musim ini.

Kelab lama Xavi, Al Sadd yang berpangkalan di Qatar dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa mereka telah melepaskan khidmat jurulatih berkenaan untuk pulang semula ke Camp Nou.

“Pihak pengurusan kelab telah melepaskan Xavi untuk beliau kembali semula ke Barcelona selepas urusan pampasan kontrak berjaya diselesaikan oleh kedua-dua kelab berkenaan.

“Xavi adalah sebahagian sejarah hebat untuk kelab ini dan kami berharap beliau mampu menjulang kejayaan pada masa hadapan,” katanya. K Online

Xavi jurulatih baharu Barcelona


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker