Remaja maut motosikal terperosok bawah kereta

Remaja maut motosikal terperosok bawah kereta

KUALA KUBU BHARU: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terperosok di bawah kereta dalam nahas di Kampung Orang Asli Gerachie pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.03 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi 12 minit kemudiannya.

Menurutnya, nahas melibatkan sebuah kereta Honda Civic dipandu wanita berusia 50-an yang telah bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa.
“Motosikal ditunggang remaja perempuan Orang Asli berusia 20-an itu dipercayai terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung kereta berkenaan.

“Nahas tersebut telah menyebabkan mangsa terperosok di bawah kereta sebelum dibawa keluar oleh anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa yang mengalami cedera parah disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-SH

Remaja maut motosikal terperosok bawah kereta

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Perangai kau tu baik sangat ke? – Diana Danielle

Calon muda, baru dalam PRN Melaka tanda UMNO banyak berubah – Muqharabbin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker