PRN Melaka: BN gerak solo, tanding 28 kerusi

Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November nanti dan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti komponennya, UMNO akan meletakkan calon di 20 DUN, MCA, 7 calon dan MIC akan mengekalkan 1 kerusi.

“Pembahagian kerusi dibuat dengan teliti, cermat. Walaupun ada yang bertengkar bergaduh, biasalah. 

“Ada yang taknak berganjak, ada yang boleh berganjak,” katanya dalam sidang media pengumuman calon BN untuk PRN Melaka, hari ini.

Beliau berkata, BN akan menampilkan 86 peratus muka baharu dengan cuma mengekalkan empat sahaja penyandang jawatan.

“Ini yang kita buat. Kita mencampurkan gandingan orang yang berpengalaman dan orang muda. Supaya dengan harapan kerajaan Melaka dapat menjadi kerajaan yang boleh mengurus dengan baik.

“Di situ kita dapat beri kemakmuran kepada rakyat Melaka. Di samping itu, BN akan mengetengahkan 28 peratus calon yang berusia 45 tahun ke bawah. Selain membawa 5 calon wanita, 4 dari UMNO, 1 dari MCA,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, tema yang dibawa BN pada PRN kali ini adalah ‘kestabilan demi kesejahteraan’.

PRN Melaka kayu ukur kekuatan parti politik menjelang PRU15

“Kita perlukan kerajaan yang stabil selepas pilihan raya untuk rakyat. Jadi rakyat boleh berfikir untuk memberi kepercayaan kepada parti yang memberi kestabilan,” katanya.

Sesuai dengan temanya juga, Mohamad berkata, buat pertama kali dan hasil komitmen BN agar kestabilan politik dicapai dan kesejahteraan rakyat tak dipolitikkan, kesemua calon BN perlu menandatangani perjanjian untuk tidak melakukan tindakan melompat parti.

“BN memastikan selaras dengan tema, calon akan tandatangani perjanjian. Dua tiga perjanjian, kita cover semua aspek undang-undang. 

“Sekiranya mereka lompat parti selepas menang, mereka akan dikenakan tindakan undang-undang sesuai dengan terma yang ditandatangani.

“Ini menunjukkan kita memberi komitmen kepada rakyat,” katanya.

PRN Melaka: BN gerak solo, tanding 28 kerusi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: DAP umum barisan calon, pancing ‘Muka Melayu’ baru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker