MUDA tolak untuk tentang PH, PN dan BN dalam PRN Melaka

Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) mengambil pendirian untuk tidak bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Melaka yang berlangsung 20 November ini.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ketetapan itu dibuat ekoran tindakan PH yang menurutnya mengangkat politik tidak bermaruah dan tidak berprinsip apabila menjadikan “katak politik” sebagai calon mereka.

“Sejak minggu lepas Muda telah berunding dengan PH dan ada beberapa signal positif yang menunjukkan boleh ada pembangkang yang berpadu.

“Cuma akhirnya dan malangnya pimpinan PH mengambil pendirian untuk memilih dan mencalonkan katak-katak politik yang menyebabkan jatuhnya kerajaan Melaka dan PRN di tengah pandemik

“Disebabkan itu Muda telah buat keputusan untuk tidak bersama dengan PH dalam PRN Melaka kerana mengangkat politik tidak bermaruah, tidak berprinsip dan mengangkat katak-katak politik ini,” katanya dalam sidang media di ibu negara, hari ini.

Pada27 Oktober lalu, Muda mengumumkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan dalam proses rundingan pengagihan kerusi dengan blok pembangkang.

Bagaimanapun, PKR dan Amanah hari ini memutuskan menerima dua bekas Adun Umno Melaka yang membatalkan sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini, iaitu Idris Haron dan Nor Azman Hassan sebagai calon gabungan itu.

MUDA tolak untuk tentang PH, PN dan BN dalam PRN Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Bersatu mula menyerang UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker