#PRNMelaka – Tok Leman : Jangan Salah Pilih Baju!
Oleh Nurul Aisyah
“Tapi pada saya kalau baju itulah diberi perumpamaan, baju ini hanya untuk dipakai lima tahun, kalau baju itu jenis baju tak tahan material, ia tak bagus, kalau koyak, koyak itulah yang akan dipakai, kalau bocor, bocor itulah yang dipakai, kalau warna (lusuh), warna itu lah yang dipakai.”
Menarik dan tepat perumpaan pesanan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kepada pengundi Lendu di dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat sebanyak RM200 kepada setiap 150 asnaf di Dewan Japerun Lendu.
Pengundi Lendu khasnya dan negeri Melaka keseluruhannya bakal memilih kerajaan baru pada 20 November 2021 nanti.
Mengapa beliau berkata begitu? Jawapan Datuk Sulaiman atau lebih mesra dengan panggilan Tok Leman;
“Tapi pada saya kalau baju itulah diberi perumpamaannya, baju ini hanya untuk dipakai lima tahun, kalau baju itu jenis baju tak tahan material, ia tak bagus, kalau koyak, koyak itulah yang akan dipakai, kalau bocor, bocor itulah yang dipakai, kalau warna (lusuh), warna itu lah yang dipakai.”
Rasional yang diberi beliau pula;
“Ia tidak boleh merubah apa-apa lagi pun sehinggalah kalau ia boleh bertahan sampai ke lima tahun, kalau tak sampai lima tahun esok, koyak, akhir sekali kita tak berbaju, maknanya kita telah pun dilondehkan.
Memilih sesebuah kerajaan ini janganlah diambil mudah kerana itulah penentu masadepan rakyat untuk 5 tahun lagi. Segala yang dicorakkan nanti akan diwarisi oleh
generasi akan datang.
Barisan Nasional saja yang mampu memberikan kenikmatan dan kemakmuran kepada rakyat. Ia bukan satu cerekarama tetapi telah menjadi liputan sejarah negara
Tsunami politik ketika PRU14 juga telah menerima kesan yang sangat buruk kepada negara termasuklah negeri Melaka apabila rakyat terpesona untuk mencuba dengan
perubahan kerajaan lain. Ingatkan panas hingga ke petang tetapi segala ribut dan taufan telah melanda rakyat di tengahari. Yang pasti, rakyat yang menerima akibatnya.
Apakan daya rakyat terpaksa terima segalanya. Segala janji-janji manis dilupakan begitu saja, malahan rakyat pula disuruh berkorban dan lebih membuat rakyat bingung
apabila setiap kegagalan kerajaan PH dan PN, rakyat pula dipersalahkan dan dihukum.
Dulu ketika PRU14, rakyat Melaka pilih untuk ubah. Kini kita satu hati “Ubah Semula” memilih kepada Barisan Nasional demi mengekalkan kenikmatan dan kemakmuran bersama pada PRNMelaka 2021 pada 20 November nanti.
Ingatlah, jangan sekali lagi tersalah pilih baju!
You must be logged in to post a comment.