BN tampil calon berusia 20-an, profesional pada PRN Melaka – Isham

BN tampil calon berusia 20-an, profesional pada PRN Melaka – Isham

BN tampil calon berusia 20-an, profesional pada PRN Melaka – Isham
Isham Jalil

Bagi memantapkan barisan kepimpinan di Melaka, Barisan Nasional (BN) akan menampilkan lebih ramai muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil berkata, peratusan muka baharu dan orang muda yang akan ditampilkan dalam PRN Melaka adalah lebih tinggi berbanding dalam pilihan raya sebelum ini.

“Majoriti calon adalah berumur di bawah 50 tahun, dan calon termuda berumur 20-an.

“Calon-calon veteran juga ditampilkan untuk menyumbang kepada rakyat dengan pengalaman mereka yang luas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Jelasnya, sebahagian besar calon adalah berpendidikan tinggi, termasuk golongan professional yang terdiri daripada jurutera, doktor dan peguam.

“Ini adalah langkah pembaharuan yang dibuat oleh BN dan janji yang dikota untuk mengetengahkan lagi golongan muda dan profesional dalam pentadbiran dan politik di samping calon-calon veteran dan berpengalaman untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Calon-calon adalah terdiri daripada pelbagai latarbelakang kaum dan agama,” katanya lagi.

Terdahulu, Setiuasaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, BN akan mengumumkan 28 calon yang akan bertanding dalam PRN Melaka pada 6 November ini jam 10 pagi.

Pengumuman itu dibuat menerusi atas talian atau Facebook UMNO Online tanpa penganjuran sebarang majlis. MG

BN tampil calon berusia 20-an, profesional pada PRN Melaka – Isham


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Suami pelakon ditahan reman, gaduh dalam keadaan mabuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker