MP DAP kata PH bukan kesilapan besar terima 4 Adun pengkhianat
PH membuat kesilapan besar jika menerima empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sebelum ini, menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
“Menerima mereka adalah kesilapan besar oleh PH yang mungkin menyebabkan kemarahan pengundi dalam PRN Melaka serta PRU15, dan ini perlu dielakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dia mengulas kenyataan Pengerusi PH Anwar Ibrahim bahawa tiga daripada Adun tersebut tidak boleh disamakan dengan mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton.
Anwar sebaliknya berkata mereka kini mahu mengembalikan mandat yang diberikan pengundi kepada PH.
“Perlu diingat yang mereka berempat belum menyatakan secara terbuka sebab mereka menjadi (Adun) bebas adalah kerana mahu mengembalikan mandat rakyat kepada PH.
“Malah, dua daripada mereka daripada Umno dan tidak pernah bersama PH. Maka, persoalan yang mereka menjadi bebas kerana mahu kembalikan mandat rakyat kepada PH tidak berbangkit,” kata Ramkarpal.
Dua adun daripada Umno itu adalah Idris Haron (Sungai Udang) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), manakala dua lagi adalah Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) yang keluar Bersatu dan Noor Hizam Hassan Baktee (Pengkalan Kundor) yang sebelum ini menganggotai DAP.
Menurut Ramkarpal, tidak benar untuk mengatakan Noor Effandi dan Noor Hisma sebagai tidak bersubahat dalam Langkah Sheraton, kerana mereka akhirnya tidak kekal bersama PH dan mempertahankan kerajaan negeri.
“Sebab yang dinyatakan mereka adalah kerana mereka kecewa dengan kerajaan negeri, bukan kerana insaf dengan kerajaan negeri yang dirampas daripada PH.
“Walaupun jika mereka kini berkata mahu kembalikan mandat rakyat kepada PH, ia jelas suatu yang difikirkan kemudian (afterthought),” katanya lagi.
Dia yang juga pengerusi Biro Undang-undang DAP berkata, PH tidak boleh menerima mereka, tetapi pada masa sama menyokong penggubalan akta antilompat parti.
Pada 21 Oktober lalu, PH menyatakan yang gabungan itu tidak akan meletakkan Norhizam sebagai calon, dan tidak membincangkan pencalonan tiga yang lain.
Bagaimanapun Anwar semalam membayangkan dia terbuka untuk bekerjasama dengan ketiga-tiganya.
MP DAP kata PH bukan kesilapan besar terima 4 Adun pengkhianat
Baca Artikel Menarik:
- Bajet 2022: Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat
- PAS Berlagak Seperti Wanita Tercantik Di Melaka
- Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen
- PRN Melaka: BN Bawa Kemakmuran, Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Almy Nadia tak rela anak jadi ‘bahan ujikaji’
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ada berita gembira kerjasama UMNO, Pas, Bersatu – Tuan Ibrahim