Konsep #Keluarga Malaysia Cukup Sempurna

Konsep #Keluarga Malaysia Cukup Sempurna

PERJUANGAN berdasarkan konsep Keluarga Malaysia adalah satu wadah yang wajar disokong oleh semua pihak dari setiap lapisan masyarakat kerana ia mendukung semangat yang tinggi.

Konsep Keluarga Malaysia menggariskan tiga teras utama merangkumi keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bekerja secara bersama dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik Covid-19.



Ismail Sabri berkata, konsep yang diperkenalkan bukan sesuatu yang sukar dihadam kerana ia berlandaskan nilai sedia ada yang dimiliki dalam setiap keluarga, selain nilai setiap Keluarga Malaysia juga disifatkan sebagai komponen penting demi menentukan jatuh atau bangun negara ini.

Malah, titah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena istiadat mengucap selamat berangkat pada 25 Oktober lalu bahawa konsep keluarga terkandung dalam ajaran Islam, selaras dengan ayat al-Quran bermaksud:

“Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudara mu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Surah Al-Hujurat 49:10).



Marilah kita sama-sama berdoa dan menadah dua belah tangan bagi memohon restu daripada Allah SWT agar konsep Keluarga Malaysia berjaya menyatukan rakyat.-UM

BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.

Konsep #Keluarga Malaysia Cukup Sempurna



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak

Kembali perkasakan penyatuan ummah



Tiada parti politik yang kebal dari undang-undang – PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker