‘Saya tidak bodoh tinggal anak kepada guard’

PETALING JAYA – “Saya pun tak akan sebodoh itu nak tinggalkan anak yang baru sahaja dikeluarkan dari hospital”.

Itulah perkongsian ibu kepada kanak-kanak perempuan yang tular ditinggalkan oleh satu pasangan di pos pengawal keselamatan dipercayai di salah sebuah apartmen yang terletak di Kuala Lumpur.

Berdasarkan satu ciapan yang dikongsi oleh wanita itu di laman Twitter, wanita tersebut menjelaskan, anaknya sakit dan baru sahaja keluar hospital dan dia terpaksa meninggalkan anaknya di tempat berkenaan.

“Tidak mengapa saya anggap semua tidak tahu, walaupun sudah menimbulkan fitnah. Saya pun tak akan sebodoh itu nak tinggalkan anak saya yang baru sahaja dikeluarkan dari hospital.

“Anak saya sakit dan bayangkanlah saya terpaksa tinggalkan juga anak saya di mana kalau dia jatuh pun tak boleh,” katanya dalam ciapan itu.

Menerusi tinjaun Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai masih mempertikaikan tindakan mereka yang sanggup meninggalkan anaknya yang sakit itu kepada orang yang tidak dikenali.

Salah seorang pengguna @Fionaseira berkata, minta maaf sahaja secara terbuka kerana mereka telah menyatakan terpaksa meninggalkan anak di pos pengawal keselamatan dan itu terang-terangan salah.

“Cuma minta maaf sahaja, malu dapat sekali sahaja bila minta maaf secara terbuka, terang-terang awak salah terpaksa atau dipaksa tinggal anak dekat pos pengawal.

“Saya nak tinggal anak buah saya dekat orang tak kenal pun saya takut, awak hanya perlu mengaku sahaja salah itu dan tak hina pun mengaku kesalahan,” jelasnya.

Sementara itu, @pompoccoo berkata, kalau berlaku kejadian yang tidak diingini pasti wanita itu akan rasa bersalah.

“Kalau awak bijak, tak perlu pun tinggal anak dekat sana, kalaulah anak itu terjatuh dari kerusi masa dengan pengawal keselamatan itu, mesti lain pulak ceritanya,” ujarnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah kawasan perumahan didakwa dimarahi dengan kata-kata kesat oleh seorang lelaki akibat tidak menjaga anak mereka.

‘Saya tidak bodoh tinggal anak kepada guard’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada parti politik yang kebal dari undang-undang – PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker