Belon Mesej Wanita Tujuh Kali Keguguran Ditemui Di Padang Sejauh 120km

Belon Mesej Wanita Tujuh Kali Keguguran Ditemui Di Padang Sejauh 120km

SEORANG wanita yang mengalami tujuh kali keguguran terkejut apabila belon tanda penghormatan yang dibuatnya ditemui di sebuah padang sejauh 120 kilometer dari rumahnya.

Kay Green, menerima mesej menerusi Facebook dan memberitahunya bahawa belon besarnya ditemui di tengah-tengah padang di Billericay, Essex di England, bulan lalu.



Bercakap kepada EssexLive, wanita berusia 24 tahun itu berkata, “Ia hanya satu penghormatan. Ia satu penghormatan kepada saya, keluarga saya dan bayi saya.

“Rasanya seperti seseorang benar-benar mengambil berat tentang kami, seseorang telah meluangkan masa untuk melakukan sesuatu yang ajaib buat kami.



“Ia sangat menyentuh hati dan ia menenangkan emosi saya. Saya berasa luar biasa,” kata Green.

Ricky Harper, 58, menemui belon berwarna biru dan merah jambu itu pada pagi 11 September lalu ketika bersama rakannya sedang mengesan logam di padang.

Katanya, mesej yang tertera pada belon tersebut mengundang sebak.

Belon itu tertera perkataan ‘Baby Green’ dan mengandungi gambar imbasan bayi dalam kandungan.



Ia disertakan bersama nota yang dilampirkan daripada Kay dengan mengarahkan individu yang menemuinya supaya menghubunginya.

Selepas penemuan penuh emosi itu, Ricky memberitahu isterinya, Julie Watson, untuk menghubungi Kay.

Dia kemudian memutuskan untuk menanamnya di sebatang pokok oak yang besar di ladang dan berdoa untuk bayi itu. – Mirror



Belon Mesej Wanita Tujuh Kali Keguguran Ditemui Di Padang Sejauh 120km

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bantuan Keluarga Malaysia bertambah, 4.8 juta bujang penerima layak

Kembali perkasakan penyatuan ummah

Tiada parti politik yang kebal dari undang-undang – PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker