Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
Penggunaan tisu magic secara kerap dan dalam tempoh jangka panjang boleh memudaratkan pengguna terutamanya akan menyebabkan seseorang lelaki berdepan risiko mati pucuk.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, produk tersebut dijual secara berleluasa di kedai-kedai runcit Aceh kerana mendapat permintaan daripada pengguna.
Menurutnya, nama tisu magic mungkin janggal kepada sesetengah individu, namun bagi pengguna tegar ubat kuat itu, ia bagaikan satu alternatif terbaik untuk ‘beraksi’ lebih lama bersama pasangan mereka.
“Pelbagai ubat kuat telah dijual di negara ini sejak sekian lama, namun bagi produk ini mula mendapat tempat dalam kalangan lelaki kerana ia dijual dengan harga yang murah selain senang didapati.
“Kebanyakan ubat kuat termasuk produk ini juga sebenarnya mengandungi anestetik iaitu bahan yang memberi kesan kebas untuk sementara waktu. Secara lazimnya, ia sering digunakan dalam perubatan terutamanya sebelum pembedahan.
“Namun, jika ia digunakan dalam tempoh jangka panjang, pengguna akan berisiko mati pucuk. Jadi, saya menyarankan agar tidak menggunakan produk ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Zainal Ariffin berkata, penjualan produk itu secara berleluasa amat membimbangkan kerana ia dikhuatiri akan mendedahkan golongan remaja untuk mencuba atau meningkatkan kadar pergaulan bebas di negara ini.
“Produk ini tidak bagus untuk kesihatan dan sekiranya tiada pemantauan dilakukan, golongan remaja yang sedang meningkat usia akan membeli dan mencuba produk ini.
“Kita bimbang golongan remaja akan terdedah dengan produk ini kerana mereka dalam fasa ingin tahu atau mencuba benda baharu. Ia juga akan mendedahkan mereka dengan pergaulan bebas sekiranya tidak dipantau.
“Sehubungan itu, saya berharap ada pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan produk ini tidak terus dijual dengan sebegitu mudah. Harus ada satu tindakan tegas bagi memastikan penjualan produk ini segera dibendung,” jelasnya. HM
Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
Baca Artikel Menarik :
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Adakah saya makan Tun Daim, minum wanita Belanda?
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]