Go Shop tawar baucar bernilai RM7 juta sempena ulang tahun ke-7

Go Shop tawar baucar bernilai RM7 juta sempena ulang tahun ke-7

PENERAJU perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular Malaysia, Go Shop melancarkan kempen sambutan ulang tahunnya yang ketujuh menerusi Happy Together Live Party yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (30 & 31 Oktober).

Program istimewa itu menampilkan ramai selebriti tersohor tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aznil Hj Nawawi, Datin Hajjah Fouziah Gous, Datuk Aaron Aziz, Ustaz Munif Ahmad, Ustaz Shahrizan Daud dan Linda Onn.



Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim, berkata, Go Shop pada hari ini telah berjaya melebarkan sayapnya menjadi peneraju perniagaan beli-belah dari rumah dan e-dagang popular di Malaysia.

“Jutaan penghargaan diucapkan kepada para pelanggan kami khususnya, dan rakan-rakan perniagaan dan pembekal atas kepercayaan serta sokongan anda sepanjang tujuh tahun perjalanan kami ini.

“Mengangkat tema Happy Together untuk sambutan ulang tahun pada tahun ini, kami di Go Shop sentiasa teruja untuk membawakan kebahagiaan dan pengalaman membeli belah yang penuh dengan kegembiraan untuk setiap pelanggan kami di luar sana.

“Kami sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan menyajikan kandungan yang menghiburkan, membawakan jenama produk yang dipercayai ramai pada nilai terhebat, dan yang paling utama, memastikan pelanggan mendapat pengalaman membeli belah terunggul dari kami,” katanya.



Tambah Christinne lagi, lanjutan tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini secara tidak langsung telah menjadi pemangkin atau penyumbang terbesar kepada lonjakan trend pembelian secara atas talian.

“Di Go Shop sendiri, kami dapat lihat platform digital kami terus kukuh dan merekodkan peningkatan jualan yang begitu memberansangkan, dicetuskan dari pembelian di atas talian.

“Tambahan lagi, dengan peningkatan populariti rangkaian produk kesihatan, kecergasan, fesyen dan barangan riadah sepanjang musim PKP, kami berjaya menambahkan banyak lagi jenama-jenama terkemuka untuk kategori-kategori ini.

“Kolaborasi ini telah menghasilkan dan menjayakan lebih banyak program-program menarik yang mengutamakan topik kecergasan dan kesihatan,” ujarnya.



Kempen sambutan ulangtahun ketujuh Go Shop, “Happy Together” ini menawarkan baucar bernilai RM7 juta, selain dari diskaun sehingga 80% dan tawaran-tawaran istimewa pada setiap minggu, bermula dari 1 November ini hingga 30 November hadapan.

Tawaran-tawaran menarik ini termasuklah dari produk-produk peralatan memasak yang moden dan terkini, barangan perabot, set peralatan tidur dan banyak lagi produk menarik tersedia khas buat pelanggan khususnya untuk menyambut tahun baru tidak lama lagi!

Sepanjang berlangsungnya kempen istimewa ini kelak, pelanggan boleh nikmati tawaran diskaun sehingga RM77 apabila mereka berbelanja RM650 dan ke atas. Selain dari itu, menerusi aplikasi Go Shop, pelanggan juga boleh dapatkan baucar diskaun sebanyak RM7 pada setiap hari dari 1 hingga 7 November dan menyertai permainan “Happy Spin & Win Game” dari 17 hingga 30 November ini untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM170,000!

Anda juga boleh mendapatkan diskaun ekslusif serta rebat apabila membuat pembelian dengan GrabPay eWallet dan, kad Public Bank, CIMB serta Standard Chartered ketika berlangsungnya tempoh kempen.



Jangan lepaskan peluang untuk menonton Saluran Go Shop di Astro pada setiap hari – Go Shop RUUMA Saluran 118, GAAYA Saluran 120 dan BAARU Saluran 111 serta di MYTV Saluran 120, untuk nikmati pelbagai tawaran terhebat sempena sambutan ulangtahun Go Shop.

Layari laman sesawang rasmi Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Go Shop app di Google Play dan App Store. Utv

Go Shop tawar baucar bernilai RM7 juta sempena ulang tahun ke-7


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker