Cuba Mat Sabu pula jawab – Rafizi

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Amanah dalam isu sikap terhadap Idris Haron dan wakil rakyat kerajaan yang berpaling tadah.

Dia membandingkan perkara itu dengan desakan Amanah dan DAP yang mahu menerima Bersatu dalam pilihan raya umum lalu.

“Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan Amanah, konon Idris Harun dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka,” kata pemimpin muda PKR yang mengumumkan ‘bersara’ daripada politik dua tahun lalu itu.

Bagaimanapun, kata Rafizi, pemimpin itu hanya berkokok dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) kerana dalam PH, parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama.

“Di luar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab diluar,” katanya.

Rafizi justeru berkata sampai masanya presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Melaka Adly Zahari pula cuba meyakinkan pendukung PH di luar “kot belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka”.

“Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar.

“Kalau saya, kena sekali cukuplah.

“Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya ‘kurang cerdik’,” katanya yang menggunakan emoji ketawa. Mk

Cuba Mat Sabu pula jawab, kata Rafizi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker