‘Bapa Tiramisu’ meninggal dunia pada usia 93 tahun

‘Bapa Tiramisu’ meninggal dunia pada usia 93 tahun

ROM: Ado Campeol, yang digelar ‘bapa’ pencuci mulut tiramisu yang terkenal di dunia, meninggal dunia pada hujung minggu, gabenor wilayah Veneto mengumumkan.

Dia berumur 93 tahun.

Campeol ialah pemilik restoran Le Beccherie di bandar Treviso yang mula menawarkan ramuan biskut direndam kopi dan mascarpone pada tahun 1970-an.

Pencuci mulut itu, yang mula-mula terhasil kerana kesilapan isteri Campeol dan cefnya pada masa itu yang menurut laporan media tempatan dilakukan secara tergesa-gesa, hari ini dianggap sebagai masakan Itali yang digemari oleh mereka yang menggemari makanan manis di seluruh dunia.

“Dengan pemergian Ado Campeol pada usia 93 tahun hari ini, Treviso kehilangan seorang lagi bintang gastronominya,” Luco Zaia, gabenor wilayah Veneto, menulis di halaman Facebooknya pada Sabtu.

“Ia adalah di restorannya, terima kasih kepada gerak hati dan imaginasi isterinya, yang melahirkan tiramisu, salah satu pencuci mulut paling terkenal di dunia.

“Tiramisu klasik dibuat dengan melapisi biskut yang direndam espreso dengan mascarpone dan ditambah dengan serbuk koko.

Hari ini, pencuci mulut hadir dalam pelbagai jenis, daripada buah-buahan hingga mentega kacang. BH

‘Bapa Tiramisu’ meninggal dunia pada usia 93 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker