Resepi Spaghetti Aglio Olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio

  • Masa Penyediaan: 10 minit,
  • Masa Memasak:10 minit,
  • Jumlah Hidangan:10 orang

Resepi Spaghetti Aglio Olio, dalam banyak resepi goreng-goreng yang ni lah paling senang sekali nak disediakan. Dalam resepi aglio olio ini Che Nom gunakan seafood, tapi boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.

Yang paling penting sekali ialah anda harus merebus spaghetti dengan cara yang betul kerana takut nanti spaghetti akan jadi lembik dan tak cantik teksturnya bila dimasak. Sila rujuk bahagian TIPS di bawah untuk cara merebus spaghetti dengan betul.



Kalau anda rujuk tips tersebut, Che Nom ‘drizzle’ minyak zaitun pada waktu akhir sekali iaitu pasa masa spaghetti sudah ditapis airnya dan bukannya masukkan minyak zaitun dalam air semasa merebus. Ini adalah kerana jika kita masukkan minyak zaitun semasa merebus, sebahagian besar minyak tu akan hilang bila kita tapis spaghetti dan ianya adalah satu pembaziran. Salutan minyak di permukaan spaghetti pun akan berkurang. Jadi eloklah dimasukkan minyak zaitun bila masa spaghetti itu sudah di tapis.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini 🙂

Bahan-Bahan:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang, buang kulit
  • 4 ekor sotong, buang lapisan kulit
  • capsicum hijau
  • capsicum merah
  • tomato kecil, potong 2 jika suka
  • daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.

Cara Penyediaan:

  1. Rebus spaghetti dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Tips:

  • Tips untuk merebus spaghetti dengan betul ialah masak air yang banyak di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan garam dan spaghetti kering. Tunggu sehingga bahagian bawah sedikit lembut dan kemudian tekan supaya semua spaghetti tenggelam sepenuhnya. Rebus sehingga spaghetti mencapai tahap “al dente” atau masih sedikit keras. Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.

Resepi Oleh: Che’ Nom

Resepi Spaghetti Aglio Olio


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Resepi Kerabu Perut Lembu Sedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker