PRN Melaka: Selepas UMNO, PKR pula dikompaun RM10,000
PETALING JAYA: PKR mendesak Kementerian Kesihatan menjelaskan secara terperinci larangan berkempen yang dikuatkuasakan di Melaka menjelang pilihan raya negeri pada 20 Nov ini, selepas parti itu didenda RM10,000 kerana mengadakan ceramah bergerak tanpa penonton, malam tadi.
Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ceramah yang diadakan di DUN Paya Rumput itu hanya dihadiri oleh lima petugas parti termasuk dua penceramah menerusi lori yang diubah suai menjadi pentas ceramah dengan pembesar suara.
Tegasnya, ceramah berkenaan juga bukan untuk berkempen menjelang pilihan raya negeri yang hanya bermula selepas penamaan calon, tetapi hanya program penyampaian maklumat untuk memberitahu pengundi mengenai isu di Melaka dan Bajet 2022.
“Kita buat dua ceramah malam tadi di Taman Sri Krubong dan Taman Krubong Jaya dalam DUN Paya Rumput dan dalam ceramah itu hanya yang hadir adalah penceramah dan petugas serta rakan media termasuk pegawai polis bertugas. Mereka yang mendengar ceramah ada di rumah.
“Dan ceramah berlangsung tidak lama, hanya 30 minit, kemudian kita bergerak ke tempat lain,” katanya sambil menambah lokasi pertama ceramah adalah di Taman Sri Krubong.
Shamsul berkata, kompaun RM10,000 yang dikeluarkan adalah untuk ceramah bergerak di Taman Krubong Jaya, namun tiada kompaun dikeluarkan bagi ceramah yang diadakan di lokasi pertama yang turut dikawal oleh lima anggota polis.
Katanya, beliau akan menulis surat kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan membawa perkara berkenaan ke perhatian Kementerian Dalam Negeri.
“Saya desak Menteri Kesihatan untuk meneliti apa sebenarnya perincian dalam konteks tidak boleh adakan perhimpunan majlis sosial sepanjang tempoh pilihan raya, adalah satu tidak munasabah jika dalam pilihan raya ini tidak boleh berkempen.
“Saya akan menulis surat terus kepada Menteri Kesihatan dan saya juga ingin tegaskan kepada KDN supaya dapat berikan penjelasan kepada anggota di bawah ini. Mereka mungkin tidak memahami dengan jelas atau mereka menganggap ini merupakan arahan yang boleh dipukul rata,” katanya.
Shamsul yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya turut mempersoalkan sama ada kempen yang diadakan Barisan Nasional pada hari sama juga dikenakan kompaun, memandangkan program yang diadakan parti itu dihadiri oleh ramai orang.
“Saya tahu program semalam, Melaka juga didatangi pemimpin BN dan mereka juga buat program ramai yang hadir. Adakah mereka juga dikompaun seperti ini?” soalnya.
PRN Melaka: Selepas UMNO, PKR pula dikompaun RM10,000
Baca Artikel Menarik:
- Bajet 2022: Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat
- PAS Berlagak Seperti Wanita Tercantik Di Melaka
- Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen
- PRN Melaka: BN Bawa Kemakmuran, Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman
- Meta nama baru Facebook
- Islam boleh menang – Khabib
- Almy Nadia tak rela anak jadi ‘bahan ujikaji’
- Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad
- Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik
- Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang
- ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’
- Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti
- Resepi asam pedas ikan kembung pekat
- Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali
- Sajat dikecam pakai bikini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET