Kabient tolak ‘wiski timah’, produk undang keresahan rakyat

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan kabinet sudah membuat keputusan bahawa sebarang pengeluaran minuman keras tidak boleh di negara ini tidak boleh menimbulkan “keresahan rakyat” dalam konteks bangsa atau agama.

Menurut Tuan Ibrahim, keputusan itu dicapai kerajaan berdasarkan usaha yang dilakukan PAS dalam menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan nama Timah bagi wiski buatan tempatan.

“Kabinet telah buat keputusan bahawa tidak boleh mana-mana pengeluaran yang mengeluarkan apa-apa pengeluaran boleh menimbulkan keresahan rakyat termasuk dalam konteks bangsa ataupun agama,” katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS ke-62 yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.



Kata menteri alam sekitar dan air itu lagi, keadaan semasa juga menunjukkan bagaimana orang ramai meletakkan harapan yang besar kepada PAS bagi memelihara Islam di negara ini.

Justeru katanya keputusan kerajaan itu adalah hasil daripada apa yang dibantah oleh PAS dalam kerajaan.

Pada masa sama Tuan Ibrahim juga berkata ada pihak menggunakan isu wiski Timah sebagai alat untuk menyerang PAS.

Namun kata ahli parlimen Kubang Kerian di Kelantan itu, sebaliknya isu tersebut memakan tuan.



“Hasil daripada apa yang kita buat, kita bantah, alhamdulillah, hari ini kita tengok sebenarnya mereka menggunakan isu ini untuk menyerang PAS, tapi akhirnya dijadi backfire kepada mereka balik,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim keputusan itu dicapai selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad, mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Perpaduan Negara.

Pada 19 Okt lalu, Tuan Ibrahim berkata jenama dan logo wiski Timah itu memang boleh mengelirukan dan meminta agar ia disemak kembali walaupun ia tidak semestinya merujuk ekpada manusia.

“Nama Timah, bukan nama Islam dan bukan nama manusia. Ia seumpama nama jenis logam, dan lebih jelas pula apabila logo arak itu gambar seorang lelaki. Tiada lelaki nama Timah,” katanya.



Syarikat pengeluar arak itu menjelaskan jenama Timah merujuk kepada bijih timah yang banyak terdapat di negara ini suatu ketika dahulu, manakala imej lelaki pada labelnya pula ialah Kapten Speedy yang dikatakan sebagai individu memperkenalkan budaya minuman berkenaan pada era pentadbiran British.

Kabient tolak ‘wiski timah’, produk undang keresahan rakyat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



MP Lahad Datu umum keluar Warisan ikut jejak Adun Sindumin




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker