MP Lahad Datu umum keluar Warisan ikut jejak Adun Sindumin

Sebaran :

Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Adun Segama Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Kata Mohamaddin, keputusannya keluar Warisan selepas melihat tiada sebarang bentuk pembangunan dan kemajuan dapat disalurkan di kawasan diwakilinya sepanjang berada di kerusi pembangkang.

“Sudah lebih setahun saya berada di pihak pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu.

“Situasi sama turut berlaku di DUN Segama yang tiada menunjukkan sebarang bentuk pembangunan walaupun hanya membabitkan tandas awam,” katanya seperti dipetik Astro Awani.



Mohammaddin menyusuli langkah Adun Sindumin Dr Yusof Yacob awal bulan ini yang mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi Adun bebas menyokong kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menjelaskan lanjut, Mohamaddin menafikan membuat keputusan itu kerana ‘dibeli’.

“Pengumuman yang saya buat hari ini adalah semata-mata demi untuk memastikan kemajuan dibangunkan di DUN Segama dan tiada kaitan dengan beli wakil rakyat,” katanya lagi.

Pada PRU14 lalu Mohammaddin bertanding atas tiket Warisan dan menang kerusi parlimen Lahad Datu dan DUN Segama.



Dia juga merupakan menteri pelancongan, seni dan budaya ketika era pentadbiran PH.

Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan yang memenangi 23 kerusi DUN pada pilihan raya umum lalu kini tinggal 19 kerusi.

Ini setelah Adun Bugaya Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia November tahun lepas, Adun Sebatik Hassan A Gani Pg Amir keluar parti pada Feb serta Adun Sindumin dan Adun Segama keluar parti pada Okt ini.

MP Lahad Datu umum keluar Warisan ikut jejak Adun Sindumin



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari


Sebaran :

Leave a Reply