Mandi Air Panas Sama Kesan Bersenam? Biar Betul?? Jom Baca Fakta Menarik Ini

Mandi Air Panas Sama Kesan Bersenam? Biar Betul?? Jom Baca Fakta Menarik Ini

ADA hari-hari tertentu kita akan malas untuk bersenam atau bersukan tetapi rasa bersalah kalau tidak lakukannya.

Jangan risau sebab ada kajian mengatakan mandi air panas atau bersauna dapat memberikan kesan sama dengan bersenam seperti berjalan kaki, berjoging dan berbasikal.

Penyelidikan baru dari Universiti Coventry mendapati ‘terapi mandi air panas’ tertentu dapat meningkatkan aliran dalam darah, suhu badan dan degupan jantung seperti senaman, dan ini dapat membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Bagi anda yang sibuk dengan aktiviti seharian atau bekerja sehingga tiada masa untuk lakukan senaman, kaedah ini sangat berguna untuk anda!

Melakukan senaman bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh malah membantu dalam kecerdasan minda.

Penyelidikan membuktikan bahawa purata hanya 42% wanita dan 34% lelaki bersenam selama 150 minit seminggu.

Dalam kajian itu, hasil pemerhatian telah dibuat terhadap sukarelawan menghabiskan waktu yang sama menggunakan tab mandi air panas dan berbasikal.

Para penyelidik mendapati senaman lebih banyak penggunaan tenaga, tetapi terdapat peningkatan setara dalam suhu badan dan denyut jantung dengan ‘terapi haba’.

Mandi air panas membantu melegakan kekejangan dengan melegakan otot.

Manfaat terapi haba lain termasuk tekanan darah rendah, mengurangkan keradangan dan kawalan gula dalam darah yang lebih baik untuk penghidap diabetes tahap dua.

Seperti yang kita telah ketahui bahawa mandi air panas sebelum tidur juga boleh membantu kita untuk dapatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Ini bermaksud terapi haba ini boleh menjadi pilihan yang baik untuk individu yang lebih tua atau mereka yang mengalami kecederaan sehingga tidak boleh melakukan senaman berat.

Mandian hangat boleh membantu merehat dan meningkatkan mood dalam dunia yang kian mencabar.

Jika anda mengharapkan mandi air panas dapat membakar lemak dan membina otot, terapi haba ini bukan caranya.

Walaupun begitu, anda masih boleh manfaatkan kelebihan mandi air panas sekali-sekala sambil bersantai!

Mandi Air Panas Sama Kesan Bersenam? Biar Betul?? Jom Baca Fakta Menarik Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia bantu mahasiswa memerlukan – Ismail

Ancaman China meningkat setiap hari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker