Sistem NEOMIR kesan ‘asteroid halimunan’ yang menjadi ancam Bumi

 

LONDON  – Bumi boleh dihentam oleh bilangan asteroid yang tidak dapat dikesan lebih awal pada bila-bila masa sahaja, kata seorang pakar dalam satu amaran seperti yang dilaporkan oleh portal berita Daily Star semalam.

Insiden itu pernah berlaku apabila meteor Chelyabinsk selebar 19 meter meletup di ruang udara Russia pada 2013 dan tiada siapa tahu bagaimana batu angkasa tersebut memasuki ruang udara di selatan negara itu.



Dalam kejadian itu, seramai 1,600 orang cedera akibat gelombang kejut besar-besaran dan letupannya adalah sama dengan 35 bom di Hiroshima di Jepun pada tahun 1940-an.

Saintis-saintis menganggap bahaya yang akan timbul daripada asteroid yang tidak dapat dikesan atau asteroid halimunan pada masa hadapan berpunca daripada silauan matahari.

Berikutan begitu ramai yang cedera disebabkan letupan meteor Chelyabinsk, sistem baharu dinamakan Near Earth Object Mission (NEOMIR) sedang diusahakan untuk memberi amaran awal kepada orang ramai supaya mereka selamat sekiranya kejadian serupa berulang.

NEOMIR akan dilaksanakan lewat dekad ini bagi mengawasi objek yang menuju ke Bumi dari arah Matahari.



Ketua Pertahanan Planet Agensi Angkasa Eropah, Richard Moissl berkata: “Asteroid sebesar meteor Chelyabinsk ‘menyerang’ sekitar selang 50 hingga 100 tahun.”

“Kecederaan yang disebabkan oleh letupan di udara atau kejadian serupa boleh dicegah jika orang ramai dimaklumkan tentang kesan yang akan berlaku dan ia boleh diramal. Dengan amaran awal, pihak berkuasa tempatan akan dapat menasihati orang ramai supaya menjauhkan diri dari tingkap dan kaca,” tambahnya.

NEOMIR akan berada di antara Bumi dan Matahari jauh dari atmosfera Bumi. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker