Tuntutan RM100 Juta: Peguam cadang MB Kedah fail saman di Mahkamah Persekutuan

PETALING JAYA: Seorang peguam mencadangkan supaya kerajaan Kedah memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada negeri itu boleh menuntut bayaran tahunan daripada Pulau Pinang, yang pernah dikatakan merupakan wilayah bawah negeri utara itu.

Syed Iskandar Syed Jaafar al-Mahdzar berkata, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri boleh mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara itu.

“Jika bukti membenarkannya, peguam boleh menasihatkan Kedah memulakan saman di Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan.”



Katanya, Pulau Pinang kemudian boleh memfailkan pembelaan untuk pertikaian diselesaikan di mahkamah tertinggi itu.

Syed Iskandar berkata, jika Sanusi terus menyuarakan kemarahannya terhadap Pulau Pinang secara terbuka, tiada apa yang boleh menghalang Pulau Pinang daripada memulakan prosiding untuk mendapatkan relief sewajarnya.

Katanya, Sanusi tidak patut menunjukkan sikap “suka bergaduh” dan menjadikan masalahnya dengan Pulau Pinang berhubung isu serta tanah sebagai “pergaduhan jalanan”.

PRN Melaka: Muhyiddin umum PN bertanding menentang BN dan PH



“Beliau perlu belajar untuk berkelakuan secara beradab,” katanya mengulas kenyataan Sanusi menuntut bayaran RM100 juta setahun untuk pajakan tanah di bahagian pulau dan Seberang Perai.

Semalam, Sanusi dilaporkan menuntut bayaran tahunan daripada kerajaan persekutuan bagi pihak Pulau Pinang, dinaikkan sebanyak RM90 juta.

Putrajaya membayar RM10,000 selama sekian lama, sebelum jumlah itu dinaikkan kepada RM10 juta setahun oleh kerajaan persekutuan mulai 2018.



Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kemudian berkata, kerajaan negerinya tidak akan melayan tuntutan Sanusi dan meminta Putrajaya juga berbuat demikian.

Tuntutan RM100 Juta: Peguam cadang MB Kedah fail saman di Mahkamah Persekutuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘Pajakan’ P Pinang, Kedah kini tuntut RM100 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker