Malaysia, Indonesia sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan
Malaysia, Indonesia sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan
Malaysia dan Indonesia berkongsi komitmen untuk meningkatkan lagi kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Indonesia, terutamanya menerusi pengoperasian Pos-Pos Gabungan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto juga bersetuju untuk meneruskan latihan bersama antara angkatan tentera negara masing-masing dalam usaha menangani ancaman pengganas melalui LATGABMA MALINDO DARSASA.
“Latihan bersama yang dilaksanakan pada tahun hadapan ini akan melibatkan kerjasama ketigatiga cabang perkhidmatan dari angkatan tentera serta pasukan polis kedua-dua negara.
“Buat masa ini, operasi gabungan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TNI adalah di enam penempatan Pos Gabungan yang tertumpu di sempadan Sarawak-Kalimantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian susulan pertemuan bersemuka pertama antara Menteri Pertahanan kedua-dua negara sejak pandemik melanda dunia.
Lawatan kerja selama sehari itu juga susulan perbincangan secara sidang video pada 4 Oktober lepas.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, kedua-dua belah pihak juga sepakat untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan sedia ada apabila buat pertama kalinya satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang memfokuskan terhadap kerjasama pertahanan menyeluruh bakal dilaksanakan dan ditandatangani awal tahun hadapan.
“Sementara itu, saya dan TYT Prabowo juga berbincang mengenai inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang saya mulakan bersama Menteri Pertahanan Indonesia sebelum ini, TYT Ryamizard Ryacudu dan Setiausaha Pertahanan Filipina, TYT Delfin N. Lorenzana pada tahun 2017.
“Kami saling menzahirkan penghargaan atas komitmen penuh angkatan tentera masingmasing dalam menjayakan TCA melalui rondaan udara dan maritim. Namun pada masa yang sama, kami juga bersetuju bahawa inisiatif ini masih mempunyai ruang yang boleh ditambah baik demi menangani ancaman di Laut Sulu dan Sulawes,” ujarnya.
Sehubungan itu katanya, kedua-dua pihak bersepakat untuk sekali lagi meningkatkan kerjasama menerusi TCA di peringkat Menteri Pertahanan ketiga-tiga negara. K Online
Malaysia, Indonesia sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU