47 laporan ajaran sesat sejak 2020 – Idris

47 laporan ajaran sesat sejak 2020 – Idris

Sebanyak 47 laporan ajaran sesat telah dilaporkan sepanjang 2020 sehingga suku ketiga 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata, pada 2020 sebanyak 33 kes dilaporkan dan 14 kes dilaporkan pada Januari hingga September tahun ini melibatkan pemujaan salah, perbuatan atau ajaran salah, doktrin palsu dan dakwaan palsu.



Idris berkata, kerajaan juga akan melakukan usaha berterusan untuk mencegah penyebaran ajaran sesat itu.

Idris yang juga Naib Presiden PAS berkata, kementeriannya akan mengadakan pertemuan dan sesi dialog secara tertutup bersama kumpulan atau individu yang terlibat dengan ajaran yang meragukan.

Beliau menjawab pertanyaan Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) di Dewan Rakyat yang mahu tahu jumlah laporan berkenaan ajaran sesat dilaporkan sepanjang 2020 sehingga suku ketiga 2021.

Nizar dalam soalan tambahan bertanya apakah usaha yang diambil oleh kerajaan dalam membendung ajaran sesat kerana sebahagian daripada kumpulan itu menggunakan Bahasa Arab untuk melindungi ajaran sesat.



Idris berkata, sebuah jawatankuasa juga sedang meneliti perkara itu bagi memastikan ia tidak merebak.

Beliau juga berkata, agensi di peringkat negeri akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang didapati terlibat dengan ajaran sesat. Mk

47 laporan ajaran sesat sejak 2020 – Idris


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker