BN dan GPS sedang bercinta, tak lama lagi akad nikah – Ismail

#PRU15

BN dan GPS sedang bercinta, tak lama lagi akad nikah – Ismail

SELANGAU: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Sarawak hari ini membayangkan kedua-dua pucuk kepimpinan itu selesa untuk membentuk kerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, Naib Presiden UMNO itu berkata, ketika ini, Barisan Nasional (BN) sedang ‘berdating’ atau dalam erti kata lain sedang bercinta sebelum melangsungkan majlis perkahwinan.



“Kami sedang berdating (menjalinkan percintaan),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08, di sini, pada Isnin.

Kenyataan Ismail Sabri itu sebagai membalas analogi Abang Johari sebelum ini membayangkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai wanita cantik yang sedang dilamar oleh ramai lelaki (pakatan politik di Semenanjung).

“Sekarang ini kita lagi syok-syok sendiri, ini kami sedang ‘bergerek’ (sedang bercinta) tidak lama lagi akad nikahlah,” katanya bagi mengulas pertanyaan media adakah Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menerima lamaran BN untuk bekerjasma selepas PRU15.

Selepas PRU14, kerajaan negeri Sarawak telah memutuskan untuk tidak menjalinkan apa-apa ikatan dengan pakatan politik di Semenanjung dan membantuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).



Semasa pertukaran kerajaan, GPS telah dua kali menjadi ‘king maker’ bagi menentukan Perdana Menteri Malaysia iaitu pada zaman pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perikatan Nasional) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN) sekali gus membentuk kerajaan baharu.

PRU15 kali ini menyaksikan GPS bertanding di semua 31 kerusi Parlimen negeri dengan 20 kerusi disandang oleh calon parti itu.

Kerajaan Persekutuan tidak mampu untuk berdiri sendiri tanpa adanya sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran GPS akan membentuk sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bertanggungjawab.



Tegasnya, rakyat Sarawak perlu bijak membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk memastikan kerajaan sedia ada terus memimpin Malaysia dan meneruskan projek pembangunan yang lebih inklusif di negeri itu.

“Saya bersetuju dengan Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bahawa kerajaan yang dipilih mestilah kerajaan bertanggungjawab dan bukan kerajaan yang membatalkan projek rakyat, mereka batal kita tambah peruntukan untuk rakyat saya setuju.

“Jangan tersalah membuat pilihan, yang merana adalah kita, kita sudah tidak masa yang lama untuk berfikir, saya harap buatlah keputusan yang tetap untuk kita memastikan kerajaan yang dibentuk mampu menjaga kepentingan rakyat Sarawak.

“Insya Allah jika saya dipilih semula sebagai perdana menteri, saya beri jaminan Sarawak akan jadi keutamaan saya,” katanya. Aw



BN dan GPS sedang bercinta, tak lama lagi akad nikah – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]



Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)

Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker