Budak perempuan 4 tahun maut dipaksa ibu berdiri 3 hari

Budak perempuan 4 tahun maut dipaksa ibu berdiri 3 hari
Budak perempuan 4 tahun maut dipaksa ibu berdiri 3 hari berturut-turut

SEORANG ibu di Amerika Syarikat (AS) didakwa memaksa anak perempuannya berusia empat tahun berdiri selama tiga hari berturut-turut sehingga kanak-kanak itu meninggal dunia,lalu memasukkan mayat anaknya ke dalam sebuah beg sampah dan menanam budak malang berkenaan di belakang halaman rumah, kata polis.

Daily Mail yang memetik laporan Charlotte Observer melaporkan, Majelic ‘Jellie’ Young kali terakhir dilihat masih hidup pada Ogos atau September tahun lalu.

Namun jasad budak perempuan malang itu hanya ditemui bulan lalu di hartanah ibunya di Charlotte, North Carolina sekali gus membawa kepada penahanan wanita berkenaan, Malikah Diane Bennett.

Bennett, 31, pada 22 Mei didakwa terhadap pembunuhan kelas pertama, pendedahan kanak-kanak, mengakibatkan kecederaan fizikal serta menyembunyikan kematian.

Rakaman mahkamah yang baru sahaja disiarkan mendakwa Majelic pitam akibat keletihan yang mengenai bahagian kepalanya terlebih dahulu selepas dipaksa berdiri selama tiga hari.

Setelah dia berhenti bernafas, ibunya membungkus mayat anaknya ke dalam beg sampah dan menyembunyikannya dalam kereta sehingga bau busuk sudah tidak boleh disembunyikan lagi.

Dia kemudiannya menggali sebuah lubang di belakang halaman rumah dan menanam kanak-kanak malang itu sehingga lah polis menemukan jasadnya pada penghujung Mei lalu.

Beberapa hari kemudian, polis membuat tangkapan kedua dengan mendakwa nenek Majelic, Tammy Moffett, 53, menyembunyikan kematian dan aksesori selepas tragedi itu berlaku.

“Saya telah berhadapan dengan kes homisid sejak 10 tahun lalu namun kes ini amat mengganggu saya,” kata jurucakap dari Jabatan Polis Charlotte-Mecklenburg, Bryan Crum.

Menurut waran tangkap yang dilihat portal WSOC, polis pergi ke rumah Bennett di Braden Drive pada 21 Mei lalu yang mana dia tinggal bersama lapan orang anak selepas seorang pekerja perlindungan kanak-kanak meminta polis mencari Majelic.

Menurut pengadu, anggota keluarga wanita berkenaan memaklumkan tidak melihat Majelic sejak Ogos 2020.

Malah polis dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mendapat maklumat daripada Bennett bahawa Majelic telah mati namun tidak melaporkan kematiannya kerana budak malang itu mempunyai kesan luka pada badannya dan takut dia akan ditangkap.

Semasa polis menyoalsiasat Bennett, dia mendakwa Majelic ditinggalkan bersama saudaranya pada Ogos lalu dan tidak melihatnya sejak itu.

Menurut waran itu, dalam soalsiasat bersama kakak Majelic berusia 13 tahun mendedahkan, adiknya dipaksa berdiri oleh Bennett sebagai hukuman pada suatu hari di sebuah bilik tanpa dibenarkan duduk atau keluar daripada bilik itu antara Ogos atau September tahun lalu.

Setelah tiga hari berdiri, selepas membuang air besar, kanak-kanak empat tahun itu menjadi terlalu lemah dan dia pengsan dengan kepalanya jatuh terlebih dahulu mengenai lantai.
Kata kakaknya, selepas itu Majelic mengalami masalah sukar bernafas dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Bennet cuba memberikan bantuan pernafasan namun usahanya gagal.

Semasa polis menggeledah rumah Bennett pada 21 Mei, mereka menemukan mayat Majelic di halaman belakang rumah dan jasad kanak-kanak itu dilaporkan dengan kesan bengkak, matanya lebam dan kecederaan serius lain. Utv

Budak perempuan 4 tahun maut dipaksa ibu berdiri 3 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Kejam, ibu campak dua anak dalam sungai (video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker