Biodata Artis Faizal Tahir. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Faizal Tahir. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Faizal Tahir. Profail dan Latar Belakang.

Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir lahir pada tanggal 26hb Oktober 1978.  Faizal Tahir merupakan seorang penyanyi, komposer dan penerbit rakaman Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million.

Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal juga memiliki syarikat rakamannya yang diberi nama Faithful Music.



Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 26 Oktober 1978 di Kuala Lumpur. Faizal merupakan anak kedua daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya, Muzlipah Aishah Pa’wan Teh dan Mohd Tahir Abdul Rahman, beliau juga merupakan adik ipar kepada Nazri Noran, seorang pengurus stesen radio.

Pernah timbul desas-desus pada akhir dekad 2000-an bahawa lagu Faizal jarang diputarkan oleh Era FM, kononnya kerana Nazri yang mengurus stesen tersebut ketika itu ingin “mengelak daripada disalah anggap sebagai mengamalkan sikap pilih kasih”.

Adik-beradik beliau ialah Muhammad Fahd Bin Mohammad Tahir (Fahd Tahir), Anas Bin Mohammad Tahir (Anas Tahir), Norainiah Liyana Budriah Binti Mohammad Tahir (Aini Budriah Tahir) dan Muhraini Fazira Binti Mohammad Tahir (Fazira Tahir).

Sewaktu di bangku sekolah, beliau merupakan seorang ahli perbahasan dalam bahasa inggeris untuk Sekolah Menengah Bukit Gading pada tahun 1995. Semasa di sekolah itu juga, beliau mempunyai kumpulan muzik yang sangat aktif dan ahlinya terdiri dari kawan-kawan sekolah yang sama. Setelah beliau menamatkan persekolahannya, beliau menuntut di UiTM.



Kerjaya Awal

Faizal pernah menyertai kumpulan nasyid Mirwana dan sempat muncul dengan album Hikmah Kembara pada 2004, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop rock sebagai genre lagu nyanyiannya. Beliau menjadikan musim pertama rancangan realiti One in a Million anjuran 8TV sebagai landasan ke arah kemasyhuran.

Pada permulaan persembahan Grand Finale, Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih undian paling rendah dalam kalangan tiga finalis yang bertanding, namun beliau telah diberi satu lagi peluang untuk bertanding merebut hadiah utama. Single asli pertama beliau, iaitu “Mahakarya Cinta” gubahan Audi Mok, dipersembahkan buat julung kalinya di Grand Finale One In a Million dan persembahan beliau telah dipuji para juri. Namun begitu, Faizal terpaksa akur kepada populariti Suki Low selaku juara.

Faizal mengeluarkan single kedua beliau, “Kasih Tercipta“, sebagai sebahagian runut bunyi filem Waris Jari Hantu. Beliau juga dilantik sebagai duta Malaysia yang tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes sempena pembukaan butik pertamanya di 1 Utama pada Jun 2007, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz selama dua musim (2007-2008), dan merakam lagu “Gemuruh” sebagai lagu tema pertandingan nyanyian My Starz LG.

Kehidupan peribadi

Faizal berkahwin dengan Siti Raihanim Noran yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM, dan rumahtangga mereka dikurniakan enam cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003), Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa’ie Zidane (lahir 18 Februari 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 2011) Siti Nawar Malaika (lahir 2013) dan Khalid Al-Walid (lahir 2015).



Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus, Dayang Nurfaizah, Mirwana dan kumpulan Rast. Beliau kini menubuhkan syarikat rakaman sendiri, Faithful Music pada 2014.

Biodata Artis Faizal Tahir.

Faizal Tahir
Faizal Tahir Anugerah Juara Lagu 23 3.jpg

Faizal Tahir ketika membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-23
Latar belakang
Nama lahir Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Juga dikenali sebagai
  • Faizal Tahir (kini)
Kelahiran 26 Oktober 1978 (umur 42)
Kuala Lumpur, Malaysia
Genre Rock, Balada, Nasyid
Pekerjaan Penyanyi, Penulis lirik, Komposer
Tahun aktif 2004–kini
Syarikat rakaman
Monkey Bone Records (2006-2013),
Warner Music Malaysia (2014-kini),
Faithful Music (2014-kini)
Pengkarya berkait
  • Ahmad Izham Omar
  • Audi Mok
  • Alif Satar
  • Mirwana
  • Elizabeth Tan
  • Datuk Siti Nurhaliza

FOTO

Biodata Artis Faizal Tahir. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Biodata Artis Alyah. Profail dan Latar Belakang

 

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker