Juruteknik IT dipenjara tiga tahun ugut sebar gambar bogel remaja 14 tahun

Tertuduh, Razman Ramli, 36, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Musyiri Peet.

KANGAR: Seorang juruteknik teknologi maklumat (IT) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan mengugut gadis berusia 14 tahun untuk menyebarkan gambar pornografi mangsa di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar antara 19 hingga 24 September lalu.

Tertuduh, Razman Ramli, 36, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Musyiri Peet.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak berusia empat tahun itu didakwa mengugut untuk menyebarkan gambar pronografi seluruh badan dalam bentuk visual remaja perempuan berusia 14 tahun itu melalui panggilan video di aplikasi WhatsApp di sebuah rumah di Jalan Kaki Bukit, Padang Besar.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 8 malam dari 19 September hingga 9.30 malam pada 24 September lalu.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 15 (b) Akta Seksual Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang isterinya kini sedang sarat mengandung lapan bulan didakwa telah melakukan komunikasi seksual dengan mangsa sama pada masa, tarikh dan lokasi yang sama.

Pertuduhan kedua dibuat dibawah Seksyen 11 (1)(a) Akta Seksual Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun.

Sementara itu, lelaki yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak 2009 turut dituduh memiliki pornografi kanak-kanak di dalam dua cakera keras di kawasan kebun getah di Padang Besar kira-kira pukul 10.30 pagi pada 25 Oktober lalu.

Pertuduhan itu dibuat dibawah Seksyen 10 akta yang sama, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Shuhada Mohd Yatim manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Azira Aziz.

Terdahulu, Nor Shuhada meminta hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan melibatkan akta kanak-kanak.

Sementara itu, Azira merayu hukuman penjara yang minimum memandangkan ini adalah kesalahan pertama tertuduh yang merupakan tunjang utama keluarga dan telah mengaku bersalah serta insaf dengan perbuatan tersebut.

Setelah mendengar kedua-dua hujah tersebut, Musyiri menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan masing-masing dua tahun bagi pertuduhan kedua dan ketiga yang dijalankan secara serentak.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah memperdayakan mangsa dengan menyamar sebagai seorang wanita dan menawarkan mangsa untuk menjadi model butik pengantin dengan bayaran RM4,000 serta meminta gadis itu untuk menghantar gambar bogel bagi memastikannya masih dara.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada 2 Oktober lalu kerana bimbang gambarnya akan disebarkan di media sosial setelah menerima ugutan daripada suspek.

Polis kemudian telah menahan tertuduh di Kangar pada kira-kira pukul 4.30 petang pada 21 Oktober lalu dan menjumpai rekod perbualan mangsa dengan tertuduh.

Juruteknik IT dipenjara tiga tahun ugut sebar gambar bogel remaja 14 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mahathir disenarai pemimpin no. 6 terkaya di dunia dengan kekayaan RM188 billion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker