Harga petrol RON97 naik 10 sen, hampiri RM3 seliter

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada harga RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 3 November ini.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON97 naik 10 sen kepada harga RM2.97 seliter berbanding RM2.87 seliter minggu lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).



Menurut kementerian itu, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Sungguhpun begitu, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – UTUSAN ONLINE



 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: Rundingan UMNO, PN positif – Ahmad Samsuri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker