Bajet2022: Golongan M40 harap ‘durian runtuh’
Bajet2022: Golongan M40 harap ‘durian runtuh’
Bajet 2022 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini membawa harapan buat jutaan rakyat yang ingin melihat bagaimana kerajaan dapat membantu kehidupan mereka untuk bangkit kesan pandemik Covid-19.
Paling dinantikan pastinya bantuan segera kepada individu-individu terjejas terutama golongan berpendapatan pertengahan atau M40 yang dianggap sering ‘tersisih’ daripada mendapat bantuan kerajaan.
Berdasarkan tinjauan Kosmo!, rata-rata golongan M40 berharap pengumuman Bajet 2022 akan memberi ‘durian runtuh’ yang lebih segar kepada mereka tanpa mengira kaum atau status pendapatan semasa.
Menurut seorang pekerja swasta, Borhan Hashimee, 34, dia berharap kerajaan dapat membentangkan belanjawan yang memberi manfaat menyeluruh dan melaksanakan pengecualian cukai tambahan kepada rakyat.
“Saya berharap sangat bajet kali ini akan menghadirkan berita gembira bagi golongan M40 kerana kami merupakan kumpulan masyarakat yang turut terjejas.
“Besar juga harapan saya agar kerajaan melakukan pengecualian cukai tambahan atau mengenakan cukai yang lebih berpatutan untuk memulihkan ekonomi bagi setiap individu di sini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Selain itu, harapan turut disuarakan peniaga-peniaga daripada golongan M40 yang mengharapkan sesuatu daripada kerajaan bagi membantu mereka bangkit daripada pandemik.
Mohamad Afis Azim, 29, berkata, kerajaan mungkin boleh memperbanyakkan bantuan geran atau pakej untuk membantu para usahawan bangkit selepas terkesan teruk sepanjang pandemik Covid-19.
“Contoh seperti geran bantuan bernilai RM10,000 atau seumpamanya, kerana ini secara tidak langsung dapat memberi sedikit lonjakkan waktu untuk peniaga-peniaga kembali pulih seperti biasa dengan baiknya.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen Facebook rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapati, ramai rakyat memohon agar kerajaan membenarkan pengeluaran secara one-off sebanyak RM10,000 daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Seorang pengguna @Putra Izat berkata, dia merayu agar kerajaan meluluskan pengeluaran secara one-off demi memberi nafas kepada perniagaannya yang hampir tutup akibat terkesan dengan Covid-19.
“Saya merayu sangat-sangat kerajaan luluskan RM10,000 untuk keluar daripada KWSP, bisnes saya dah nak tutup, itu saja duit yang saya ada untuk bayar gaji pekerja,” ujarnya.
Sementara itu, @Muhammad Harith berkata, dia berharap Perdana Menteri meluluskan pengeluaran KWSP secara one-off sebanyak RM10,000 untuk membayar segala hutang-hutang yang tertunggak selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. K Online
Bajet2022: Golongan M40 harap ‘durian runtuh’
Baca Artikel Menarik :
- Seleweng geran MITRA, SPRM tahan 16 pengarah syarikat
- Sajat sengaja bikin kontroversi untuk undang ugutan bunuh
- Najib jawab rungutan Mahathir
- Bekas pengurus Sajat bakal saman Harith Iskandar
- ‘Kuman Dalam Darah Semakin Mengganas’-Maria Tunku Sabri
- Pandelela ‘jawab’ Faizal Azumu
- Gara-Gara Rakam Tayang Payudara Luar Gereja Model Dihujani Ugutan Bunuh
- ‘Hantu Kak Limah’ rasa bersalah dan terkilan?
- Berpakaian seperti hantu, wanita maut ditembak jiran
- Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Liberal
- Anak Soekarno jalani upacara masuk Hindu di Bali
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.