Ada Sebab Mengapa Rasulullah Melarang Berbisik Dengan Kawan Depan Orang Ketiga

Ada Sebab Mengapa Rasulullah Melarang Berbisik Dengan Kawan Depan Orang Ketiga

KITA pasti pernah bercakap dengan suara yang perlahan atau berbisik dengan kawan atau secara berkumpulan supaya tidak didengari orang lain.

Ketahuilah bahawa Allah SWT maha mendengar segala bisikan rahsia manusia yang terkandung perancangan jahat mahupun baik berdasarkan firman-Nya;

(Maksudnya): “Patutkah mereka menyangka bahawa Kami tidak mendengar apa yang mereka sembunyikan (di dalam hati) dan apa yang mereka perkatakan (dengan berbisik) sesama sendiri? (Bukan sebagaimana yang mereka sangka) bahkan utusan-utusan Kami (malaikat) yang menjaga mereka, ada menulis segala yang mereka lakukan.” [Surah az-Zukhruf (80)]

Berbisik-bisik untuk membuat perancangan perbuatan jahat adalah dilarang kecuali mereka berbisik tanpa orang ketiga berkaitan rancangan untuk berbuat kebajikan dan kebaikan seperti menyuruh bersedekah mahupun perancangan untuk mendamaikan manusia.

Firman Allah SWT; (Maksudnya): “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar”. [Surah al-Nisa’ (114)]

Firman-Nya lagi:

(Maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa. Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan). (9)

Berbisik

Berbisik-bisik berdua-duan tanpa melibatkan orang ketiga yang berada disekitarnya adalah dilarang kerana boleh menimbulkan syak wasangka dan kesedihan bagi pihak ketiga.

“Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.”(10) [Surah al-Mujaadalah (9-10)]

Sehubungan itu, dilarang berbisik-bisik berkaitan perkara maksiat dan mungkar melainkan berbisik-bisik untuk tujuan kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Seterusnya, berbisik-bisik berdua-duaan tanpa melibatkan orang ketiga yang berada disekitarnya adalah dilarang kerana boleh menimbulkan syak wasangka dan kesedihan bagi pihak ketiga.

Daripada Ibnu Mas’ud R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Apabila kalian berada seramai tiga orang, maka janganlah berbisik-bisik berdua-duaan tanpa mengajak sekali orang ketiga, sehingga kamu bercampur gaul dengan manusia (bertambah jumlah). Hal ini kerana berbisik boleh membuat orang yang ketiga bersedih.” [Riwayat Muslim (2184)[2]

Berdasarkan zahir hadis ini, larangan itu membawa kepada hukum haram. Perkara ini dijelaskan oleh ulama Abdurrahman al-Bassam dalam kitabnya:

Zahir hadis ini menyatakan bahawa berbisik-bisik yang disebutkan adalah haram, kerana larangan membawa hukum haram. Sekiranya tidak sampai keperingkat haram, maka dalam situasi yang sedikit ia sangat dibenci (makruh). (Rujuk Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, 7/294)

Rasulullah melarang dua orang berbisik-bisik secara rahsia yang terdapat disisinya kehadiran orang ketiga kerana wujudnya sebab (illah) orang ketiga akan berasa sedih.

berbisik-bisik

Islam memelihara adab ketika berinteraksi sesama manusia.

Kefahaman daripada hadis ini juga menunjukkan bahawa larangan akan tergugur sekiranya berbisik-bisik berdua-duaan, kemudianya sekitarnya melibatkan kehadiran ramai melebihi 3 atau 4 orang, maka tiada masalah kerana telah menghilangkan rasa curiga pihak ketiga.

Oleh itu, dapat difahami bahawa dilarang berbisik-bisik berdua-duan yang terdapat individu ketiga melainkan telah hadir individu keempat atau lebih orang disekitarnya agar tidak menguriskan hati dan menyedihkan seseorang.

Pengajaran daripada hadis ini menunjukkan bahawa kepentingan menjaga hati antara satu sama lain dalam menjaga ukhwah. Perbualan secara berbisik-bisik menyebabkan pihak ketiga akan berasa hati kerana tidak diperlukan dalam perbincangan antara mereka selain rasa tidak layak dan rasa keseorangan.

Etika dalam perhimpunan majlis adalah menunjukkan sikap keramahan, perbualan yang memberi manfaat dan menyenangkan.

Sementara itu, berbisik kategori makruh apabila dua orang bercakap dengan bahasa atau dialek yang tidak difahami oleh orang ketiga yang berada bersama mereka. (Rujuk Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, 7/293).[4]

Justeru, semua perkara yang boleh menyinggung perasaan dan menyakiti hati sesama muslim dan perkara yang menyebabkan syak wasangka perlu dielakkan.

Sehubungan itu, terdapat beberapa pengajaran terhadap larangan berbisik-bisik ketika terdapat kehadiran orang ketiga disisinya:

1. Islam menjaga hubungan persaudaraan serta kasih sayang sesama manusia.

2. Islam menutup wasilah yang boleh membawa perkara yang menyakiti hati manusia lain sehingga menjejaskan hubungan persaudaraan.

3. Islam mencegah perbualan yang tidak memberi manfaat dan sia-sia.

4. Islam memelihara adab ketika berinteraksi sesama manusia. – PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN 

Ada Sebab Mengapa Rasulullah Melarang Berbisik Dengan Kawan Depan Orang Ketiga

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Penolakan Terhadap PPBM Keputusan Akar Umbi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker