Allah Tidak Akan Pulangkan Doa Seseorang Dengan Tangan Kosong… Sapu Muka Selepas Berdoa

Allah Tidak Akan Pulangkan Doa Seseorang Dengan Tangan Kosong… Sapu Muka Selepas Berdoa

SUDAH menjadi kebiasaan setiap kali selepas berdoa ramai dalam kalangan kita akan menyapu muka dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Namun persoalannya adakah tindakan itu wajar atau bertentangan dengan adab dan ajaran Islam?

Seperti dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, doa merupakan satu ibadah yang dituntut ke atas setiap insan sama ada dalam keadaan senang atau pun susah.

Ini kerana doa akan menghubungkan secara terus di antara seorang manusia itu dengan Tuhannya. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak akan meletakkan tangannya selepas berdoa melainkan setelah Baginda menyapu mukanya.

Daripada Umar bin al-Khattab berkata: (Maksudnya): “Adapun Rasulullah SAW mengangkat kedua tangannya ketika berdoa dan Baginda tidak akan meletakkan kedua tangannya sehingga Baginda menyapu keduanya ke muka Baginda SAW.” [Riwayat al-Tirmizi (3386)], [Imam al-Tirmizi menilai hadis ini sebagai hadis yang gharib].

Sapu muka selepas berdoa.

Kebiasaannya kita menyapu muka selepas berdoa sebagai tanda keikhlasan dan syukur kepada Allah.

Imam al-San’ani menyatakan bahawa hadis ini mempunyai beberapa syawahid (sokongan). Antaranya di sisi Abu Daud daripada riwayat Ibn Abbas R.anhuma dan selain daripada beliau. Dengan itu, kesemua jalur atau riwayat yang ada itu mengangkat hadis tersebut ke tahap hasan. – [Lihat: Subul al-Salam, 709/2].

Syeikh al-Mubarakfuri berkata, hadis ini menjadi dalil atau petunjuk akan tuntutan menyapu muka dengan dua tangan selepas selesai berdoa.

Dikatakan bahawa di antara munasabah bahawa Allah SWT tidak akan memulangkan orang yang berdoa dengan kosong, menunjukkan bahawa seakan-akan rahmat Allah itu jatuh di atas kedua tangan tersebut.

Maka, ia (kedua tangan) diletakkan di muka kerana muka adalah anggota badan yang paling mulia dan paling berhak untuk dimuliakan. – [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 232/9].

Tambahan pula, Imam al-Nawawi juga ada menyatakan bahawa menyapu muka selepas selesai daripada berdoa termasuk di dalam adab-adab berdoa. Hal ini ada disebutkan di dalam kitab al-Majmu’:

doa_1565743268

Enggan menyapu mukanya selepas berdoa tidaklah menjadi kesalahan kerana perbuatan tersebut bukanlah bersifat wajib.

Maksudnya: “Antara adab berdoa adalah memilih waktu-waktu, tempat-tempat dan keadaan-keadaan yang mulia, mengadap ke arah kiblat, mengangkat tangan, menyapu muka selepas selesai daripadanya.” – [Lihat: al-Majmu’, 655-656/4].

Melihat kepada beberapa pandangan di atas, isu menyapu muka selepas daripada berdoa merupakan masalah yang diperselisihi oleh para ulama. Ada yang menyatakan bahawa hadis yang menunjukkan perbuatan Nabi SAW menyapu muka selepas daripada berdoa adalah hadis yang daif dan tidak boleh dijadikan hujah.

Sebahagian lagi menyatakan ia boleh dijadikan hujah sebagaimana yang kami nukilkan daripada Imam al-San’ani bahawa hadis tersebut menjadi hasan dengan syawahid (sokongan daripada riwayat yang lain).

Justeru itu, kami cenderung kepada pandangan yang menyatakan bahawa tidak menjadi masalah untuk menyapu muka selepas daripada berdoa kerana ia termasuk di dalam adab-adab berdoa sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi.

Kesimpulannya, menyapu muka selepas daripada berdoa termasuk di dalam adab-adab berdoa tetapi jika seseorang itu tidak menyapu mukanya selepas berdoa tidaklah menjadi kesalahan kerana perbuatan tersebut bukanlah bersifat wajib.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kefahaman di dalam agama ini.

Allah Tidak Akan Pulangkan Doa Seseorang Dengan Tangan Kosong… Sapu Muka Selepas Berdoa

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa

Penolakan Terhadap PPBM Keputusan Akar Umbi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker