Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?
Tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim yang berpakaian baju Melayu lengkap bersamping menjadi usikan Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pendang itu yang baru hendak menjawab soalan tiba-tiba ditegur Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamad Said.
“Timbalan Menteri pakai baju Melayu hendak bernikah ke?, tanya Ahli Parlimen Kuala Krau.
Awang hanya senyum tersipu malu tanpa menjawab soalan dan meneruskan jawapan beliau.
Selepas ini, Ahli Parlimen dibenarkan pula memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.
Pada persidangan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu diterima sebulat suara dalam Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat.
Katanya, pemakaian baju batik itu bagaimanapun bukan mandatori, sebaliknya secara sukarela. MG
Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?
Baca Artikel Menarik :
- Seleweng geran MITRA, SPRM tahan 16 pengarah syarikat
- Sajat sengaja bikin kontroversi untuk undang ugutan bunuh
- Najib jawab rungutan Mahathir
- Bekas pengurus Sajat bakal saman Harith Iskandar
- ‘Kuman Dalam Darah Semakin Mengganas’-Maria Tunku Sabri
- Pandelela ‘jawab’ Faizal Azumu
- Gara-Gara Rakam Tayang Payudara Luar Gereja Model Dihujani Ugutan Bunuh
- ‘Hantu Kak Limah’ rasa bersalah dan terkilan?
- Berpakaian seperti hantu, wanita maut ditembak jiran
- Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Liberal
- Anak Soekarno jalani upacara masuk Hindu di Bali
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.