PRN Melaka: Menteri akan diingatkan agar tidak berkempen pada acara rasmi

PRN Melaka: Menteri akan diingatkan agar tidak berkempen pada acara rasmi

Menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dia akan mengingatkan rakan-rakan menteri kabinetnya agar tidak meggunakan acara rasmi kerajaan untuk berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang.

Wan Junaidi berkata demikian sebagai menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) yang mempersoalkan sama ada akan wujud dwistandard dalam pelaksanaan SOP semasa PRN itu, termasuklah kemungkinan menteri menggunakan acara rasmi untuk berkempen.



“Sebenarnya kita tidak mengamalkan double standard.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkehendakan ‘vibrancy of democratic practice’, maknanya membenarkan keseluruhannya asalkan berpandu kepada apa yang diletakkan oleh pihak KKM dan MKN.

“Undang-undang itu kena juga dipatuhi.

“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet akan datang, meminta supaya menteri-menteri jangan cari jalan untuk memintas SOP dari SPR, KKM and MKN,” kata Wan Junaidi semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.



Saifuddin telah menegaskan dalam soalan tambahan bahawa Melaka berada di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

SOP untuk Fasa 4, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), membenarkan kelonggaran yang lebih banyak termasuk acara rasmi kerajaan.

“Bagaimana jika menteri pertahanan pergi ke kem tentera Sungai Udang untuk berkempen bertopengkan acara rasmi kerajaan, kerana itu sekarang dibenarkan (di bawah SOP Fasa 4).

“Apa yang kita tidak mahu ialah double standard dari segi pelaksanaan di mana apabila kerajaan pergi (berkempen), mereka menggunakan SOP MKN tetapi apabila kita (pembangkang) pergi, mereka menggunakan SOP SPR,” kata Saifuddin.



Sebelum ini telah diumumkan bahawa semua perhimpunan fizikal dan acara sosial berkaitan pilihan raya akan diharamkan pada PRN Melaka bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Pengumuman ini telah disambut dengan kritikan meluas daripada ahli politik kerajaan dan pembangkang, dengan badan pemantau pilihan raya Bersih berkata ia adalah penindasan demokrasi.

Wan Junaidi menegaskan SPR mahu memelihara amalan demokrasi tetapi ia mesti diimbangi dengan keselamatan rakyat yang terlibat dalam pilihan raya, yang terletak di bawah bidang kuasa KKM dan MKN.

“Disebabkan itu, SPR bekerjasama dengan MKN dan KKM untuk mewujudkan satu set SOP yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dan kita mengambil jalan tengah supaya demokrasi dapat dilaksanakan,” katanya.



SOP untuk pilihan raya negeri Melaka akan datang belum diumumkan lagi.

Pengundi Melaka alan keluar mengundi pada 20 Nov dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 8 Nov. Mk

PRN Melaka: Menteri akan diingatkan agar tidak berkempen pada acara rasmi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker