Jelir lidah sambil potong bawang, petua tidak pedih mata

Sebaran :

Jelir lidah sambil potong bawang, petua tidak pedih mata

Rakyat Malaysia tidak kira Melayu, Cina mahupun India ternyata mempunyai banyak petua dalam sesuatu perkara mahupun situasi dalam kehidupan seharian.

Antaranya adalah bertungku bagi kaum wanita selepas bersalin dan makan sup ikan haruan bagi pesakit yang mengalami masalah luka dalaman.

Namun berbeza kali ini apabila satu klip video yang tular di media sosial sejak beberapa hari ini apabila satu perkongsian petua ketika memotong bawang merah.



Kebiasaannya, ketika kita memotong bawang merah, mata semestinya berair dan pedih kerana wap atau air daripada bawang yang dipotong itu akan naik ke mata.

Bagi seorang wanita melalui video TikTok yang dikongsinya di media sosial menyatakan bagi menghilangkan masalah yang biasa berlaku ketika memotong bawang merah adalah dengan menjelirkan lidah.

“Biasa kalau kita potong bawang mesti mata kita pedih, senang sahaja anda hanya perlu jelirkan lidah bagi memastikan air bawang itu tidak naik ke mata.

“Sebenarnya wap atau air bawang merah akan pergi ke kawasan yang berair seperti mata kita, jadi jika kita jelirkan lidah wap itu tadi akan hinggap di lidah kita, selamat mencuba,” jelasnya.



Rata-rata orang ramai merasakan petua tersebut agak pelik namun berpendapat cara dan alasan yang diberikan wanita tersebut logik.

“Kalau letak bawang dalam peti ais tu aku pernah la dengar, tapi petua ni tak pernah pula aku tahu. Boleh cuba ni, tak larat la nak pakai spek hitam masa potong bawang,” jelas Teh Ah.

“Aku dah cuba, buat masa ni memang menjadi. Tak tahu la kebetulan atau tidak. Kalau macam ni seguni bawang pun layan,” jelas MRS. Fakri Nazim. K Online

Jelir lidah sambil potong bawang, petua tidak pedih mata




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kau ini apa pun tak faham, kata Najib pada Hanipa


Sebaran :

Leave a Reply