Exco Selangor maki penjawat awam, MB kata akan beri nasihat [VIDEO]

KLANG – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan memberi nasihat kepada semua pihak yang terlibat dalam video dikatakan membabitkan seorang exco kerajaan negeri dan kumpulan penjawat awam yang tular di media sosial.

Amirudin mengakui, kaedah penyampaian yang digunakan exco kerajaan negeri terbabit dalam mengetengahkan isu rakyat menerusi video yang tular itu perlu diperbaiki.

“Kaedah, cara dan sebagainya itu harus diperbaiki dan saya akan sampaikan nasihat kepada mereka yang memerlukan atau kepada yang terlibat.



“Isu besarnya ia dirakam di media sosial tetapi kalau berlaku dalam mesyuarat (exco) pun akhirnya itu juga yang dilontarkan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan program Jelajah Deepavali Keadilan di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa, di sini pada Isnin.

Pada Isnin, tular video di media sosial didakwa membabitkan Exco Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor, V Ganabatirau.

Dalam video berkenaan, Ganabatirau dilihat ‘memaki hamun’ kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) malah video itu turut didakwa dimuat naik sendiri exco terbabit.



Berikutan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terkilan dengan tindakan individu dalam video berkenaan yang disifatkan tidak profesional.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat turut menganggap tindakan individu terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat serta suara tinggi terhadap penjawat awam juga sangat keterlaluan.

Mengulas lanjut, Amirudin percaya semua pihak yang terbabit ingin bekerja bersungguh-sungguh dan mereka perlu diharmonikan di antara satu sama lain.

“Yang pentingnya kita ke arah penyelesaian masalah banjir bukan untuk menuding jari antara satu sama lain.



“Saya percaya itu bukan hasrat sebenar tetapi niatnya (exco terbabit) adalah untuk pastikan isu (banjir) ini dapat ditangani sebaik mungkin,” katanya.

Amirudin berkata, isu yang diketengahkan itu adalah isu yang patut diteliti iaitu isu perlaksanaan pam dan sebagainya.

“Penduduk bertanyakan kepada mereka (exco terbabit) berulang kali kenapa hal ini berulang sedangkan kita (kerajaan negeri) sudah mengambil langkah-langkah seterusnya.

“Jadi, saya percaya ia harus diselesaikan dengan tujuan kita ingin menyelesaikan masalah banjir yang berulang kali di satu-satu tempat atau lokaliti.



“Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan yang besar namun kenapa hal itu masih berlaku dan kenapa ia berulang serta perlu penjelasan antara satu sama lain dan ini memerlukan senergi berterusan di antara semua pihak,” katanya.

Exco Selangor maki penjawat awam, MB kata akan beri nasihat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker