Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
BANGKOK: Seorang aktivis Myanmar yang terkenal ketika tempoh kebangkitan penuntut pada tahun 1988, ditahan tentera negara itu dalam satu serbuan, semalam.
Kyaw Min Yu, 52, atau dikenali sebagai Ko Jimmy, ditahan tentera yang menyerbu kompleks perumahan di Dragon Utara di Yangon.
Isterinya, Nilar Thein mengesahkan suaminya ditahan di rumah persembunyian bersama dua lagi aktivis yang berjaya lari mengikut pintu belakang.
Beliau berkata, polis masih belum memberitahunya di mana suami ketika ini sambil mengakui bimbang bertemu polis kerana mungkin turut ditahan.
“Saya bimbang tidak lagi akan melihatnya hidup. Saya menggesa komuniti antarabangsa untuk membuka mata untuk menyelamatkan nyawa rakyat Myanmar,” katanya.
Nilar Thein dan Ko Jimmy sebelum ini adalah sebahagian daripada kumpulan gerakan Generasi 88 yang mencabar kerajaan ketenteraan Myanmar terdahulu.
Mereka juga memainkan peranan penting dalam gerakan anti kerajaan pada tahun 2007 yang digelar ‘Revolusi Safron’ kerana penyertaan sami berjubah oren.
Pasangan itu sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kegiatan aktivis mereka dan Ko Jimmy kali terakhir dipenjara sejak tahun 2007 hingga 2012.
Dia dibebaskan apabila pihak tentera melonggarkan cengkaman ketika Myanmar bersedia untuk pilihan raya pada tahun 2015.
Selepas konflik rampasan kuasa 1 Februari lalu, junta tentera mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan menimbulkan keresahan awam menerusi catatan di media sosial.
Pasangan itu sedar mengenai bahaya aktiviti mereka di Myanmar namun Nilar Thein berkata, situasi di bawah rejim baharu yang menggelar diri sebagai Majlis Pentadbiran Negara ini ‘paling berisiko’. BH
Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.