Keluarga Malaysia bukan retorik-Ismail Sabri
Idea “Keluarga Malaysia” yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik atau slogan semata-mata, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, idea itu merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, dengan kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga.
Mengambil contoh sebuah keluarga, Ismail Sabri berkata sekiranya terdapat anak yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu mereka akan diberi lebih tumpuan.
“Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang kurang bernasib baik dalam kehidupan, pasti kita akan menghulurkan pertolongan dan tidak membiarkan mereka bersendirian.
“Begitu juga dalam pentabiran kerajaan pada hari ini. Keluarga Malaysia seperti golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik akan terus diberikan fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan,” beliau berkata dalam ucapannya di Majlis Pelancaran “Keluarga Malaysia” malam ini. – Bernama
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas lompat parti, Malaysia juara aktiviti bocor audio pemimpin?
You must be logged in to post a comment.