PRN Melaka: 'Saya Bukan Pengarah Pilihanraya, Tapi Akan Kempen Habis-Habisan' - Najib — MYKMU.NET

PRN Melaka: ‘Saya Bukan Pengarah Pilihanraya, Tapi Akan Kempen Habis-Habisan’ – Najib

Sebaran :

PRN Melaka: ‘Saya Bukan Pengarah Pilihanraya, Tapi Akan Kempen Habis-Habisan’ – Najib

MASJID TANAH: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa beliau tidak dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan bulan depan.

Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, beliau akan membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) habis-habisan dalam PRN berkenaan.

“Apapun UMNO dan BN mesti bersedia dalam apa juga keadaan. Saya nak jelaskan di sini, Pengarah Pilihan Raya UMNO adalah Datuk Seri Mohamad Hasan, saya dikehendaki bantu kempen habis-habisan.



“Saya akan bersama Mohamad Hasan, saya percaya Perdana Menteri pun akan turun untuk bantu kita dalam kempen,” jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai PRN Melaka, tambah Najib, beliau yakin agenda yang dibawa BN dan UMNO dapat menambat hati pengundi di negeri itu.

“Saya dijemput bersama jentera wanita peringkat negeri dan nasional. Alhamdulilah, saya melihat semangat wanita sangat baik luar biasa dan bersiap sedia berjuang habis-habisan menjamin kemenangan parti kita.

“Selain daripada itu, saya ada sebut beberapa perkara untuk diberi perhatian parti dan kerajaan negeri supaya dijadikan sebagai antara agenda kita… lebih-lebih lagi kalau kita dipilih semula untuk mentadbir negeri Melaka,” katanya lagi.

Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO di Masjid Tanah yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.



PRN Melaka: ‘Saya Bukan Pengarah Pilihanraya, Tapi Akan Kempen Habis-Habisan’ – Najib


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: