Kadar vaksinasi remaja Malaysia antara pantas di dunia
Kadar vaksinasi remaja Malaysia antara pantas di dunia
Malaysia menjadi antara negara yang memberikan suntikan vaksin kepada remaja paling cepat di dunia, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, hanya dalam tempoh dua bulan, 80 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer.
“Dalam tempoh dua bulan, kita mampu memberikan 80 peratus penduduk berusia 12-17 tahun sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Pfizer.
“Salah satu pemberian vaksin COVID-19 remaja terpantas di dunia,” katanya dalam Twitter, hari ini.
Beliau turut menzahirkan tahniah kepada Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon yang sebelum ini, dipertanggungjawabkan untuk mengendalian pemberian vaksin untuk kumpulan berkenaan.
Dr Noor Azmi adalah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Remaja (CITF-A)
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini dilaporkan menyasarkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan 3.2 juta remaja di negara ini menerima suntikan dua dos vaksin COVID-19, menjelang hujung tahun ini atau selewat-lewatnya sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.
Sementara itu, tinjauan di laman web COVIDNOW mendapati, setakat semalam, jumlah penerima remaja sekurang-kurangnya satu dos vaksin sebanyak 80.9 peratus dan mereka yang lengkap divaksinasi adalah 43.4 peratus.
Labuan (65.7 peratus) mencatat peratusan tertinggi menerima vaksin itu diikuti Sarawak (61.2 peratus), Kedah (57.1 peratus), Melaka (55.8 peratus), Pahang (55.4 peratus) dan Perlis (53.1 peratus).
Terendah adalah Lembah Klang (28.8 peratus), Negeri Sembilan (36.6 peratus) dan Johor (37.7 peratus).
Negeri Kelantan, Sabah, Terengganu, Perak dan Pulau Pulau Pinang pula dilihat masih dalam kadar 40 peratus sahaja.
Menerusi data itu juga, unjuran 80 peratus remaja akan lengkap divaksinasi dijangka adalah 19 November depan dengan 2,518,000 akan divaksin manakala dalam tempoh seminggu sahaja, dijangka akan meningkat kepada 60 peratus lengkap divaksin sepenuhnya. BH
Kadar vaksinasi remaja Malaysia antara pantas di dunia
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU