Air Beras Yang Dibasuh Ada Kegunaannya, Kita Boleh Manfaatkan Pada Rambut

Air Beras Yang Dibasuh Ada Kegunaannya, Kita Boleh Manfaatkan Pada Rambut

BUDAYA yang diamalkan dalam sesebuah negara dapat mencorakkan jenis penjagaan kecantikan kita.

Kajian dan penemuan telah membuktikan bahawa beras antara sumber yang telah banyak digunakan dalam dunia kecantikan pada masa kini.

Anda mesti sudah sedia maklum tentang khasiat dan kebaikan yang terdapat dalam beras selain dijadikan makanan ruji di Malaysia.

Tetapi tahukah anda walaupun manfaat air beras lebih terkenal untuk wajah, tetapi ia juga mempunyai kebaikan untuk rambut!

540698TjlK

Rambut yang panjang dan lebat menjadi satu budaya orang di perkampungan Huangluo, China.

Sebuah perkampungan Huangluo di China telah mendapat pengiktirafan Guinness World Records kerana penduduknya memiliki rambut terpanjang di dunia.

Bukan setakat panjang sahaja tetapi mereka juga memiliki rambut hitam dan sihat tanpa memiliki sedikit pun uban.

Bagaimanakah cara penggunaan air beras yang mereka amalkan sehingga boleh mendapat hasil seperti ini?

Sebelum itu, jom kita tengok khasiat yang terdapat dalam air beras terlebih dahulu:

– Asid amino: Menjaga dan merangsang pertumbuhan rambut baharu

– Vitamin B: Memberi oksigen dan nutrisi pada kulit kepala dan akar rambut

– Vitamin E: Menjaga dan memperbaiki rambut yang rosak

– Mineral: Memberi nutrisi pada kulit kepala dan mencegah kerosakan hujung rambut.

– Anti-oksidan: Mencegah dan merawat rambut yang kering.

Cara membuat air beras di rumah dengan mudah

Terdapat banyak manfaat untuk rambut, sayang kalau air yang penuh nutrien ini dibuang begitu saja semasa cuci beras.

rice in hand

Air beras direndam untuk mendapatkan nutrien lebih baik.

1. Air tapisan beras

Cara paling mudah adalah dengan hanya menggunakan beras organik atau bukan organik.

Sukat dua cawan atau pot beras bersamaan nisbah dua gelas air.

Rendamkan beras bersama air tersebut selama dua jam.

Setelah air kelihatan keruh, pindahkan air beras tersebut ke dalam bekas yang lain dan air beras siap untuk digunakan!

rice-and-rice-water-in-a-wooden-bowl

Rendamkan beras sehingga warna air bertukar menjadi keruh sebelum digunakan.

2. Rendaman air beras

Ambil dua tapisan beras bersamaan dua gelas air dan rendamkan selama 30 minit.

Pindahkan air rendaman tersebut dalam bekas tertutup rapat supaya tidak terdedah kepada kekotoran.

Simpan air beras tersebut pada ruang suhu yang lebih rendah selama dua hari.

Air beras sedia digunakan apabila terdapat sedikit bau masam kerana paras pH telah menurun memudahkan penyerapan nutrisi pada rambut.

air rebus beras

Air rebusan beras perlu disejukkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan pada kulit.

3. Rebusan air beras

Gunakan nisbah setengah cawan beras bersamaan dua kali ganda air untuk tanak nasi.

Rebus selama beberapa saat sehingga air tersebut kelihatan berbuih lalu ambil air rebusan tersebut untuk diguna pakai.

RICE_WATER@2x

Bilas rambut dengan pencuci rambut (syampu) setelah menggunakan air beras.

Cara penggunaan air beras pada rambut

Jadi, bagaimana cara menggunakannya? Antara cara paling mudah adalah dengan meletakkan air beras dalam botol spray.

Fokus pada bahagian bermasalah semasa menggunakan air beras tersebut dan pastikan ia benar-benar menyerap setiap helai rambut dan kulit kepala.

Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Kemudian, teruskan dengan syampu dan perapi seperti biasa.

Cara ini adalah lebih efektif bagi mendapatkan hasil pada tahap maksima untuk rambut anda.

Air Beras Yang Dibasuh Ada Kegunaannya, Kita Boleh Manfaatkan Pada Rambut


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir jawab Sultan Johor isu Pulau Batu Puteh

‘Saya dikecam teruk, sering disindir’- Siti Nordiana

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker