PRN Melaka: Umno, PAS adakan perbincangan tak rasmi elak pertembungan

PRN Melaka: Umno, PAS adakan perbincangan tak rasmi elak pertembungan

Bagi mengelak kemungkinan berlakunya pecah undi Melayu dan kehilangan kerusi kepada Pakatan Harapan (PH), Umno dan PAS dikatakan sedang mengadakan perbincangan tidak rasmi mengenai pengagihan kerusi untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Walaupun Umno sebelum ini menegaskan ia tidak akan bekerjasama dengan parti Islam itu, sumber memaklumkan perbincangan dilakukan supaya kedua-duanya tidak bertembung di kerusi Melayu.

“Jika PAS dan Umno bertembung, ia akan memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada PH.

“Kami tidak berminat untuk mengadakan kerjasama rasmi dengan PAS memandangkan Umno perlu bergerak solo bawah tiket Barisan Nasional (BN) untuk menjadikan ini sebagai medan uji kaji sebelum berdepan pilihan raya umum.

“Kita perlu menilai kelemahan kita dan membuat strategi menjelang pilihan raya akan datang,” katanya kepada FMT.

Katanya, pemimpin tertinggi Umno akan membuat keputusan mengenai perkara itu dalam tempoh terdekat dan mereka di Melaka hanya merancang untuk bekerjasama mengenai pengagihan kerusi dengan PAS.

“Kita ingin mencapai kata sepakat dengan PAS untuk tidak bertembung di kawasan tertentu,” katanya.

Sumber berkata, Umno tidak memerlukan PAS untuk menang di Melaka kerana ia sudah mempunyai sokongan kuat di negeri itu.

Bagaimanapun, apa yang dimahukannya hanyalah undi tidak pecah disebabkan kehadiran PAS.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu akan bergerak solo bawah BN pada PRN Melaka.

Namun dua hari lalu, beliau mengubah pendirian dengan berkata, sebarang keputusan sama ada Umno atau BN bekerjasama dengan parti lain pada pilihan raya itu akan dimuktamadkan selepas kedua-dua majlis tertinggi parti dan gabungan tersebut membincangkan perkara itu.

Keputusan dijangka dibuat minggu depan atau sebelum hari penamaan calon pada 8 Nov. FMT

PRN Melaka: Umno, PAS adakan perbincangan tak rasmi elak pertembungan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya masuk PKR, Guan Eng siapa nak halang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker