Guan Eng Dan Bapa Guan Eng Sama Saja Pengecut!!!

Oleh Nurul Aisyah

debat kabotaj

MUNGKIN ramai yang tidak tahu sebenarnya Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang seorang yang penakut dalam berdebat. Mereka kelihatan seperti seorang yang tidak gentar dalam berbahas namun hakikatnya tidak begitu.

Tambahan pula, kita dimomokkan dengan desakan berdebat jumaat lalu dari Lim Guan Eng dalam hantaran Facebook mendakwa tidak menerima maklum balas daripada pejabat We Ka Siong untuk membincangkan cabaran debat berkenaan dasar kabotaj yang menyebabkan pemasangan kabel dasar laut Apricot sepanjang 12,000 kilometer tidak membabitkan negara ini.



Adegan Lim Guan Eng tersebut memualkan ramai pihak kerana sebenarnya setiausaha Agung DAP itu telah dua kali “lari” dari debat dengan menggunakan bermacam-macam alasan.

Berkenaan debat kabotaj, Wee Ka Siong telah bersetuju dengan TV3 untuk menetapkan tarikh 2 November sebagai tarikh debat dengan Guan Eng, iaitu selepas Bajet 2022 dibentang dalam Dewan Rakyat namun Guan Eng tetap tidak berpuas hati.

Menurut sumber, Guan Eng berkata Ka Siong tidak perlu memberi alasan Bajet negara untuk “tangguhkan” debat tersebut biarpun tarikh 2 November itu cuma sekitar 2 minggu dari sekarang. Beliau tetap mahu debat tersebut diadakan pada tarikh 23 Oktober – bukan 2 November walaupun perbezaan masa cuma 10 hari sahaja.

Menerusi hantaran di Facebook, Datuk Seri Najib bertanya kepada Guan Eng, adakah Bajet negara tidak penting? Adakah beza tempoh 10 hari itu benar-benar terlalu lama? We Ka Siong bukan lari berdebat seperti Lim Guan Eng sebelum ini, beliau sebagai Menteri Pengangkutan perlu turut menyumbang kepada bajet negara.



Untuk rekod, debat kali ini berhubung isu kabotaj adalah kali ketiga Ka Siong cabar Guan Eng untuk debat.

Pada tahun 2018, Lim Guan Eng enggan berdebat dengan Ka Siong berhubung skandal terowong dengan memberi alasan Ka Siong ketika itu bukan presiden parti dan dia sebagai Setiausaha Agung DAP hanya akan berdebat dengan presiden MCA.

Pada tahun 2019, sekali lagi Ka Siong cabar Guan Eng untuk berdebat berhubung isu dana untuk KUTAR di mana Guan Eng sebagai Menteri Kewangan telah menyalurkan dana bagi KUTAR kepada yayasan yang dikatakan dikuasai oleh kroni-kroni beliau dan bukan terus kepada Universiti terbabit. Perkara ini mencetuskan kemarahan komuniti pelajar KUTAR.

Kali ini, Lim Guan Eng langsung tidak mengendahkan cabaran untuk berdebat berkenaan isu KUTAR dengan memberi alasan tiada keperluan untuk berbahas isu ini.



Oleh itu, apabila Lim Guan Eng cuba berlagak hero dalam cabaran debat, beliau menjadi bahan lawak sebab Lim Guan Eng sudah dua kali lari dari berdebat dengan We Ka Siong.

Malah menurut sumber, Lim Kit Siang juga seorang penakut dalam berdebat. Pada tahun 2019, Kit Siang telah mengajak Datuk Seri Najib untuk berdebat. Namun Kit Siang pula yang melarikan diri selepas Najib bersetuju untuk berdebat dengan beliau.

Alasan diberikan Kit Siang ketika itu sangat tidak masuk akal, kononnya debat antara dia dengan Najib akan menimbulkan masalah perkauman.

Kesimpulannya anak beranak Lim ini sama sahaja. Mereka takut untuk berdebat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker